Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tan Sri Dato Sri Khalid Terima Watikah Pelantikan Ketua Polis Negara

Diterbitkan: 12 Jun 2014 6.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Y.Bhg Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Dalam Negeri (KDN), telah menyerahkan watikah pelantikan sebagai Ketua Polis Negara kepada YDH Inspektor Jeneral Tan Sri ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tan-sri-dato-sri-khalid-terima-watikah-pelantikan-ketua-polis-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:49 MYT

Oleh : Sub Inspektor Megat Nizar Megat Uda Abdullah
Penyunting : L/Kpl Edwind Indo

TAN SRI DATO' SRI KHALID TERIMA WATIKAH PELANTIKAN KETUA POLIS NEGARA

BUKIT AMAN, 17 Mei – Upacara penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara, telah berlangsung di Pejabat Ketua Polis Negara, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur pagi ini.

Y.Bhg Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Dalam Negeri (KDN), telah menyerahkan watikah pelantikan sebagai Ketua Polis Negara kepada YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar.

Pada majlis yang sama, Y.Bhg Dato' Sri Abdul Rahim turut menyerahkan watikah pelantikan kepada YDH Deputi Inspektor Jeneral Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Sebaik majlis bersejarah itu selesai, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid, terus mempengerusi mesyuarat bersama Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, Pesuruhjaya Polis Sabah dan Sarawak, Ketua-Ketua Polis Negeri serta Komander-Komander, di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan KDN/KA.

Tan Sri Dato’ Sri Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang Ke-10 menggantikan Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar yang menjalani persaraan mulai 16 Mei 2013.

Tan Sri Dato Sri Khalid Terima Watikah Pelantikan Ketua Polis Negara
YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Tan Sri Dato Sri Khalid Terima Watikah Pelantikan Ketua Polis Negara
Y.Bhg Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan watikah perlantikan Ketua Polis Negara kepada YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar

Tan Sri Dato Sri Khalid Terima Watikah Pelantikan Ketua Polis Negara
Y.Bhg Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan watikah perlantikan Timbalan Ketua Polis Negara kepada YDH Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin

Tan Sri Dato Sri Khalid Terima Watikah Pelantikan Ketua Polis Negara
Y.Bhg Ketua Setiausaha menandatangani Buku Pelawat

Tan Sri Dato Sri Khalid Terima Watikah Pelantikan Ketua Polis Negara
Tan Sri Dato Sri Khalid Terima Watikah Pelantikan Ketua Polis Negara
Sekitar mesyuarat bersama Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, Pesuruhjaya Polis Sabah dan Sarawak, Ketua-Ketua Polis Negeri serta Komander-Komander, di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan KDN/KA.

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 6.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM