Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tan Sri Acryl Sani Legasi Inspirasi Sang Saka Biru

Published: 22 Jun 2023 2.29 PM Updated: 15 Aug 2026 8.24 PM
Kuala Lumpur, 22 Jun 2023 - Sejak mengambil alih tampuk kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 4 Mei 2021, nama IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani begitu mekar dan dekat di hati masyarakat, khasnya warga Sang Saka Biru.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tan-sri-acryl-sani-legasi-inspirasi-sang-saka-biru
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:01 MYT
 
Kuala Lumpur, 22 Jun 2023 - Sejak mengambil alih tampuk kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 4 Mei 2021, nama IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani begitu mekar dan dekat di hati masyarakat, khasnya warga Sang Saka Biru.

Bersandarkan nawaitu yang suci Lillahi Ta'ala dan berbekalkan pengalaman serta "track record" yang cemerlang, Tan Sri Acryl Sani sentiasa mengajak warga Pasukan untuk terus menerapkan cogan kata 'Sedia Berkhidmat' dalam setiap tindak tanduk sewaktu bertugas, demi menterjemahkan perkhidmatan terbaik kepada orang awam selari dengan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'.

Tiga fokus utama yang diperkenalkan beliau sejak menerajui PDRM juga adalah lambang cerminan kepada ketegasan dan ketelusan penguatkuasaan undang-undang di Malaysia yang sentiasa dijunjung tinggi oleh setiap lapisan warga PDRM.

Bekas graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia dan Sarjana Sains Pengurusan dari Universiti Utara Malaysia ini diibaratkan seperti sebutir kejora yang menerangi landasan perjuangan Sang Saka Biru dan sinarnya turut menyuluhi hala tuju Pasukan keramat.

Antara 'buah tangan' yang ditinggalkan dalam legasinya sehingga kini ialah Sistem Trafik COPS, yang nyata membantu pengurusan saman Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik sejak awal tahun 2000 lagi.

Penubuhan cawangan baharu dalam PDRM iaitu "Wildlife Crime Bureau" oleh beliau yang diletakkan di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM juga telah menghasilkan pelbagai kejayaan cemerlang bagi melindungi flora serta fauna negara.

Tidak ketinggalan, cabaran getir yang pernah digandar beliau sewaktu era darurat kesihatan akibat virus COVID-19 telah memimpin masyarakat mengharungi fasa pandemik sehinggalah berjaya ke fasa endemik.

Hari ini merupakan destinasi terakhir karier penerima Anugerah Perdana CUEPACS 2022 itu sebelum menamatkan sebuah perkhidmatan yang panjang dalam dunia kepolisan setelah 37 tahun 4 bulan dan 20 hari menabur bakti dan keringat kepada agama serta negara.

Satu-satunya pucuk pimpinan PDRM yang telah diberikan mandat untuk melengkapkan barisan 10 sayap kanan kepimpinan tertinggi Pasukan yang berjaya mengemudi empat buah jabatan sebelum namanya terpahat dalam lipatan sejarah Pasukan dan negara sebagai Ketua Polis Negara (KPN) ke-13.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan KPN serta Perbarisan Paluan Berundur untuk Tan Sri Acryl Sani telah dilangsungkan dekat tempat keramat, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini.

Tan Sri Acryl Sani telah menyerahkan jawatan nombor satu dalam PDRM itu kepada penggantinya, IG Tan Sri Razarudin Husain yang bakal meneruskan legasi kecemerlangan PDRM untuk memimpin Pasukan ke tahap yang lebih tinggi, Insya-Allah.

Berlangsung sama di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim pagi tadi ialah Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan KPN ke-27 Pasukan kepada penyandang baharu, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Penyerahan tampuk kepimpinan Pasukan itu disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mewakili pihak Kerajaan.

Manakala jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia di antara penyandangnya, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa dengan penyandang baharu, Puan Sri Zainah Othman dan jawatan Naib Pengerusi PERKEP Malaysia baharu, SAC Datin Seri Zalena Mohd Ariffin pula disaksikan oleh Datin Seri Norhayati Musa merangkap Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Di sebelah petangnya, Tan Sri Acryl Sani telah diberikan setinggi-tinggi penghormatan oleh Pasukan untuk menjadi "guest conductor" bagi memimpin Pancaragam Pusat PDRM dengan membawa lagu tema daripada filem terkemuka dunia 'James Bond'.
Lagu itu menjadi kegemaran Tan Sri Acryl Sani, berikutan sinonim dengan dunia kepolisan yang penuh dengan cabaran dan kebijaksanaan dalam perisikan serta penyiasatan.

Perbarisan perpisahan tadi diakhiri dengan deklamasi sajak bertajuk 'Legasi Inspirasi' yang dipersembahkan khas untuk Tan Sri Acryl Sani oleh Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ASP Julia Osman.

Hadir sama dalam majlis tadi ialah Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah bersama isteri, Datin Seri Hamisah Hussin, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi dan isteri, Datin Kamariah Abd Rahman, barisan Pengarah PDRM serta isteri, barisan Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri bersama isteri, barisan Pegawai Kanan KDN dan Suruhanjaya Pasukan Polis, barisan Pegawai Kanan PDRM, ahli-ahli PERKEP serta rakan media.

Buat Tan Sri Acryl Sani, sekali pun tidak lagi bersama-sama dengan kami, namun yang pastinya perjuangan Tan Sri selama ini akan kami teruskan demi kemaslahatan Pasukan dan keselamatan tanah air tercinta ini.

Selamat bersara dan selamat berehat bersama keluarga yang dikasihi, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dan Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa!

Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Bryan Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 6 people and text

May be an image of 3 people, dais and text that says 'SERAH TERIMA TUGAS ETUA POL EG RA SRI ACRYL DULLAH SANI KE G TAN SRI RA IUSAIN 27 JUN 20 NE ERAH PENE

May be an image of 10 people and text

May be an image of 12 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text that says 'SERAH TERIMA TUGAS KETUA PC S EG RA SRI ACRYL ULLAH SANI IG TAN SRI USAIN PENYERAH SAKSI PENERIMA

May be an image of 3 people, dais and text that says 'PERKEP lis Serah Terima Tugas ae NGERUSI MALAYSIA HG. PUAN SRI OZCUN FERKEP NTI MOHD ISA ' OTHMA

May be an image of 1 person and text

May be an image of 11 people, dais and text

May be an image of 7 people, jeep and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 11 people and text

ArticlePublished 22 Jun 2023 2.29 PMUpdated 15 Aug 2026 8.24 PM