Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Gandingan Mantap Tan Sri Razarudin Datuk Seri Ayob Khan Teruskan Kecemerlangan Pdrm

Diterbitkan: 22 Jun 2023 1.30 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.25 PM
Kuala Lumpur, 22 Jun 2023 - Gandingan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu disifatkan sebagai gabungan mantap dalam meneruskan kecemerlangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku institusi penguatkuasaan terulung di negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-gandingan-mantap-tan-sri-razarudin-datuk-seri-ayob-khan-teruskan-kecemerlangan-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:17 MYT
Kuala Lumpur, 22 Jun 2023 - Gandingan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu disifatkan sebagai gabungan mantap dalam meneruskan kecemerlangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku institusi penguatkuasaan terulung di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pengalaman IG Tan Sri Razarudin Husain dan kepimpinan DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilihat dapat meneruskan reputasi PDRM bagi menjaga ketenteraman dan keamanan negara.

"Saya mempunyai harapan sangat jelas dan keyakinan sangat utuh agar PDRM di bawah kepimpinan Tan Sri Razarudin dapat meneruskan kelangsungan dan kecemerlangan ditinggalkan IG Tan Acryl Sani Abdullah Sani.

"Dengan gabungan baru Datuk Seri Ayob Khan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, saya percaya ini gandingan sangat mantap dan baik.

"Dengan pengalaman Tan Sri Razarudin dan kualiti kepimpinan ditunjukkan Datuk Seri Ayob Khan selama ini, akan membolehkan polis meneruskan reputasi sebagai penguat kuasa terbesar dalam negara," katanya selepas majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bharian.com.my/.../gandingan-mantap-razarudin...

Sumber: Berita Harian Online

Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/585931870336294/

Video Pilihan Gandingan Mantap Tan Sri Razarudin Datuk Seri Ayob Khan Teruskan Kecemerlangan Pdrm
ArtikelDiterbitkan 22 Jun 2023 1.30 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.25 PM