Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Taktik Sorok Dadah Dalam Kotak Bijirin Gagal

Published: 19 Jun 2014 3.32 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 4 April - Taktik dua lelaki tempatan untuk mengaburi pihak polis dengan menyembunyikan dua kilogram syabu dalam kotak bijirin ternyata memakan diri apabila sepasukan polis dari Bahagian ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/taktik-sorok-dadah-dalam-kotak-bijirin-gagal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:21 MYT

Kuala Lumpur, 4 April - Taktik dua lelaki tempatan untuk mengaburi pihak polis dengan menyembunyikan dua kilogram syabu dalam kotak bijirin ternyata memakan diri apabila sepasukan polis dari Bahagian Narkotik IPD Brickfields berjaya memberkas serta menemui 1.2 kilogram lagi serbuk dadah pada kedua-dua suspek pada 28 Mac lalu.

Tangkapan dibuat di sebuah restoran di Bandar Baru Sri Petaling setelah gerak-geri salah seorang suspek yang keluar dari sebuah kereta diperhatikan oleh pihak polis dan berdasarkan pemeriksaan ke atasnya.

Pihak polis telah menjumpai dua paket plastik mengandungi dua kilogram syabu yang disembunyikan dalam kotak bijirin serta empat paket serbuk dadah seberat 1.2 kilogram yang dibawanya.

Lanjutan itu, pihak polis telah membuat pemeriksaan ke atas seorang lagi suspek yang berada di dalam kereta dan menjumpai 7.5 gram ganja dalam pakaian suspek.

Nilai harga pasaran semasa dadah yang dirampas adalah lebih kurang RM300,000.

Kedua-dua suspek yang berusia 38 serta 42 tahun kini disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi mengesan ahli-ahli sindiket lain yang masih aktif.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 3.32 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM