Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Taktik Isi Ekstasi Dalam Botol Ubat Titis Mata Dibongkar

Published: 02 Oct 2014 12.43 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu, 2 Okt - Tiada yang luar biasa apabila polis menahan seorang lelaki bersama puluhan ubat titis mata, Ahad lalu. Bagaimanapun siapa sangka botol-botol ubat lutsinar mengandungi cecair berwarna hijau lumut itu adalah sebenarnya ekstasi yang dicairkan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/taktik-isi-ekstasi-dalam-botol-ubat-titis-mata-dibongkar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:58 MYT

Kota Kinabalu, 2 Okt - Tiada yang luar biasa apabila polis menahan seorang lelaki bersama puluhan ubat titis mata, Ahad lalu. 

Bagaimanapun siapa sangka botol-botol ubat lutsinar mengandungi cecair berwarna hijau lumut itu adalah sebenarnya ekstasi yang dicairkan. 

Malah, penggunaannya semakin mendapat permintaan dalam kalangan pengunjung pusat-pusat hiburan di negeri ini, sejak tiga bulan lalu. Fungsinya untuk meningkatkan 'kekuatan' halusinasi ketika berhibur. 

Segala-galanya bermula apabila polis menahan kereta dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun dan berasal dari Miri, Sarawak kira-kira pukul 12.15 tengah hari. 

Hasil pemeriksaan pada badan dan kereta Perodua Myvi itu, tiada dadah ditemukan. 

Polis kemudian menyerbu rumahnya di sebuah kondominium mewah di Tanjung Lipat, Likas, di sini dan menemukan 54 botol berbentuk ubat titis mata mengandungi cecair hijau yang disyaki ekstasi dalam tin biskut di atas siling kediaman berkenaan. 

Turut ditemukan 81 peket plastik berisi serbuk dan 168 biji kapsul ekstasi; 1,350 biji pil Eramin 5 serta satu peket plastik lutsinar mengandungi syabu yang kesemua dadah itu bernilai RM110,000. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Rahim Dolmat berkata, siasatan polis mendapati, cecair yang dicampur ekstasi dan berwarna hijau lumut itu merupakan taktik terbaharu para pengedar dadah untuk diedarkan kepada pengunjung pusat hiburan. 

"Bekalan dadah (ubat titis mata) itu juga dipercayai dibawa masuk dari Miri, Sarawak melalui jalan darat dan dijual dengan harga RM100 sebotol. 

Sumber: Utusan Malaysia

Taktik Isi Ekstasi Dalam Botol Ubat Titis Mata Dibongkar
ArticlePublished 02 Oct 2014 12.43 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM