Muar, 2 Okt - Seorang penyanyi rock terkenal era 90-an, antara tujuh individu ditahan polis selepas disyaki terbabit dengan sindiket pengedaran dadah.
Semua suspek berusia 26 hingga 53 tahun termasuk seorang wanita, diberkas dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sebuah rumah di Jalan Lama, dekat sini, jam 12.30 tengah hari, Isnin lalu.
Siasatan awal mengesyaki mereka turut terbabit dalam kes pecah rumah dan kenderaan serta ragut.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob, berkata hasil pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan, polis menemui 0.75 gram heroin dan pelbagai barangan lain seperti peralatan komputer dan elektrik, gajet, telefon bimbit, dompet, beg tangan serta cermin mata yang disyaki dicuri.
"Polis juga menemui beberapa peralatan seperti parang, pemotong besi dan pemotong jubin yang disyaki digunakan untuk pecah rumah serta kenderaan.
Sumber: Berita Harian