Taktik Baharu Curi Kereta Dengan Menampal Kertas Adalah Palsu
PDRM menafikan yang pihaknya ada mngluarkan amaran tentang taktik baharu dari kalangan pejenayah yang akan mencuri kenderaan mangsa dengan melekatkan kertas di cermin belakang kenderaan seperti yang disebarkan oleh pihak tidak bertaggungjawab dalam aplikasi whatsapp kebelakangan ini.
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata, semakan mendapati tiada kejadian s...eumpama itu dilaporkan berlaku.
Beliau turut menasihati orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh mendatangkan rasa ketakutan di kalangan awam.
Dalam pada masa yang sama beliau menasihati kaum wanita yang suka keluar berseorangan agar behati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling demi keselamatan diri sendri.
Sumber: Sinar Harian