Polis Tahan Sepasang Warga Asing Samun Lelaki Bergelar Datuk
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur menahan sepasang suami isteri warga Afrika yang dipercayai terlibat dalam kes samun wang tunai RM1 juta milik seorang lelaki bergelar Datuk di sebuah hotel di Brickfields di sini, Jumaat lalu.
Pasangan suami isteri berusia 29 dan 31 tahun itu ditahan di balai pelepasan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11.30 malam semalam, dipercayai mahu melarikan diri ke l...uar negara.
Turut bersama pasangan itu ialah bayi perempuan berusia 10 bulan.
Polis juga merampas wang tunai AS$17,000 (RM60,662) yang dibawa mereka.
Ketua JSJ Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, suspek lelaki yang ditahan mirip dengan imej yang ditunjukkan oleh kamera cctv ketika kejadian samun di hotel tersebut.
Beliau berkata, pihaknya kini sedang mencari dua lagi rakan jenayahnya yang masih bebas.
Sumber: Utusan Malaysia