Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Taklimat Sistem I Aduan

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Cawangan Perhubungan Awam PDRM, Bukit Aman dengan kerjasama Biro Pengaduan Awam dan Unit Perhubungan Awam..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/taklimat-sistem-i-aduan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:52 MYT

Cheras - 19 Mei 2010. Satu sesi taklimat berkaitan penggunaan Sistem i-Aduan bagi memasukkan isu dan surat kepada pengarangan (SKP) telah diadakan pada 30 April 2010 di Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melibatkan semua agensi/jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Dalam taklimat tersebut, semua agensi/jabatan di bawah KDN dikehendaki memantau isu/berita dan SKP yang disiarkan di semua akhbar tempatan seluruh negara dengan menggunakan Sistem i-Aduan.  Sistem ini dibangunkan oleh Biro Pengaduan Awam.

Cawangan Perhubungan Awam PDRM, Bukit Aman dengan kerjasama Biro Pengaduan Awam dan Unit Perhubungan Awam Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan taklimat Sistem i-Aduan di Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras pagi ini.

Seramai 40 orang telah terlibat dalam taklimat ini  yang terdiri daripada 31 orang peserta daripada Pegawai Hal Ehwal Awam Bukit Aman, Pegawai HEA Kontinjen dan Pegawai PRO Bukit Aman, 4 orang pegawai daripada KDN dan Biro Pengaduan Awam sebagai 'Facilitator' serta 5 orang Urusetia.

Objektif taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai yang terlibat berkaitan :-
1. Pengenalan Sistem i-Aduan
2. Kewajaran memberi maklum balas berkaitan isu/berita dan SKP dalam masa 24 jam yang ditetapkan
3. Respon kepada media
4. Permasalahan yang wujud semasa menggunakan Sistem i-Aduan
5. Taklimat Penguasa Perhubungan Awam berkaitan cara mengendalikan media berkaitan isu semasa dan penyediaan statistik untuk sidang media dan kenyataan media.

Taklimat Sistem I Aduan
Antara Pegawai Hal Ehwal Awam Bukit Aman, Pegawai HEA Kontinjen dan Pegawai PRO Bukit Aman yang hadir taklimat Sistem i-Aduan di Maktab PDRM Kuala Lumpur

Taklimat Sistem I Aduan
ASP Azmi bin Hamid, ASP Hal Ehwal Awam Kontinjen Perlis menerima Sijil penyertaan daripada Superintendan Rasdi bin Ramli, Penguasa Perhubungan Awam Polis Diraja Malaysia

Taklimat Sistem I Aduan
ASP Tg Razitah binti Long Hussin, ASP Hal Ehwal Awam Pahang.

Taklimat Sistem I Aduan
Dari Kontinjen Sabah...ASP Zulbaharin bin Haji Ismail

Taklimat Sistem I Aduan
Penguasa Perhubungan Awam bergambar kenangan bersama 'fasilitator' dan Pegawai PRO Bukit Aman dan Urusetia

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM