
Artikel
Taklimat Pru Ke 15 Kpn Akhiri Lawatan Kerja Ke Kontinjen Perlis
Kangar, 6 Oktober 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani petang semalam mengakhiri lawatan kerja ke Kontinjen Perlis dengan meng...
Kangar, 6 Oktober 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani petang semalam mengakhiri lawatan kerja ke Kontinjen Perlis dengan menghadiri taklimat persediaan Pilihan Raya Umum ke-15.
Taklimat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis (Polis Perlis) itu disampaikan oleh Ketua Polis (KP) negeri, DCP Dato' Surina Saad. Hadir sama dalam sesi taklimat tersebut ialah Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan, Timbalan KP Perlis, SAC Baderulhisham Baharudin, Ketua Lesen Pasukan, SAC Dzulkhairi Mukhtar, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Skandaguru Anandan, barisan Ketua Jabatan IPK Perlis dan Ketua-ketua Polis Daerah Kontinjen Perlis.
Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof, Koperal Muhamad Iqtar Azmi