Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kejohanan Karate Piala Kpn 2022 Kpn Hadir Beri Sokongan Kepada Para Peserta

Diterbitkan: 05 Oct 2022 4.35 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Alor Setar, 6 Oktober 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani meluangkan masa hadir ke Kejohanan Karate Piala KPN Tahun 2022 yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejohanan-karate-piala-kpn-2022-kpn-hadir-beri-sokongan-kepada-para-peserta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:05 MYT
Alor Setar, 6 Oktober 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani meluangkan masa hadir ke Kejohanan Karate Piala KPN Tahun 2022 yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini petang semalam.

Kehadiran beliau yang diiringi Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad itu bagi memberi sokongan kepada para peserta kejohanan yang melibatkan 20 pasukan dari semua kontinjen seluruh negara.

Tan Sri Acryl Sani turut berkesempatan mengalungkan pingat kepada para pemenang bagi kategori Kumite Lelaki Bawah 65 Kilogram (kg) dan 75kg. Hadir sama, Timbalan KP Kedah, DCP Dato' Mohd Roze Shaari, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK PDRM) Bukit Aman merangkap Pengelola Sukan Karate Polis Diraja Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan dan Ketua Polis Daerah Pendang merangkap Pengelola Sukan Karate Kontinjen Kedah, DSP Arriz Sham Hamezah.
 
Kejohanan Karate Piala KPN bagi tahun ini telah dirasmikan kelmarin oleh DCP Dato' Mohd Roze dan akan berlangsung selama empat hari dari 4 hingga 7 Oktober 2022.

Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof dan Koperal Muhamad Iqtar Azmi.

 
ArtikelDiterbitkan 05 Oct 2022 4.35 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM