Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Taklimat Pemantauan Perlaksanaan Community Policing

Published: 09 Jun 2014 8.07 AM Updated: 15 Aug 2026 7.49 PM
Perasmian dan Sesi Taklimat Kaedah Pemantauan 'Community Policing' telah disampaikan oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/taklimat-pemantauan-perlaksanaan-community-policing
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:45 MYT
Cheras - 18 Jun 2008. Taklimat Pemantauan Perlaksanaan Community Policing & Mesyuarat Jawatankuasa Pencegahan Jenayah Kali Kedua 2008 telah di adakan di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, Cheras. Perlaksanaan Community Policing adalah berdasarkan Arahan KPN Bil: 70 dalam Bil. KPN 35/90 bertarikh 11 Mac 2008.

Perasmian dan Sesi Taklimat Kaedah Pemantauan  'Community Policing' telah disampaikan oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara. Hadir sama di taklimat tersebut ialah YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-pengarah Jabatan PDRM dan YDH Timbalan-timbalan Pengarah PDRM.

Turut hadir, Pesuruhjaya Polis, Ketua-Ketua Polis Negeri dan 143 orang Ketua Polis Daerah dari seluruh Kontinjen.

Dalam sesi taklimat oleh YDH Ketua Polis Negara, beliau berharap semua Ketua Polis Daerah bersama-sama turun padang untuk menjalinkan hubungan baik polis dan masyarakat, bagi menjamin keberkesanan Community Policing.
"Ketua Polis Daerah juga hendaklah kreaktif, bijak  dalam mengendalikan pelbagai masalah-masalah dikawasan masing-masing dan berusaha untuk menurunkan kadar jenayah" kata YDH Ketua Polis Negara.

YDH Ketua Polis Negara juga memaklumkan, Ketua-Ketua Polis Daerah hendaklah memainkan peranan dengan Penubuhan Jawatankuasa Pelaksanaan Community Policing dan berganding bahu bersama Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga, Rela, Wakil Entiti Masyarakat/Syarikat, PIBG, Badan-badan Bukan Kerajaan serta Ketua Polis Balai/Pondok.

Pada sebelah petang pula, di adakan Mesyuarat Jawatankuasa Pencegahan Jenayah dan kata-kata aluan disampaikan oleh YDH Tan Sri Ismail bin Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Taklimat Perbandingan Perangkaan jenayah bagi Tahun 2007-2008 (Januari-April) disampaikan oleh YDH CP Dato' Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Taklimat Kaedah Mencegah Jenayah melalui 'Blue Ocean Strategy' oleh YDH Dato' Muhamad Sabtu bin Osman, Ketua Polis Kuala Lumpur dan YDH Dato' Mohd Mokhtar bin Mohd Sharif, Ketua Polis Johor. 

Taklimat Pemantauan Perlaksanaan Community Policing
Sesi Taklimat Kaedah Pemantauan  'Community Policing' disampaikan oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara

Taklimat Pemantauan Perlaksanaan Community Policing
Hadir...antara YDH pengarah-pengarah Jabatan PDRM dan Ketua-Ketua Polis Negeri yang hadir

Taklimat Pemantauan Perlaksanaan Community Policing
kanan...Hadir sama di taklimat tersebut ialah YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara

Taklimat Pemantauan Perlaksanaan Community Policing
Ketua-ketua Polis Daerah

Taklimat Pemantauan Perlaksanaan Community Policing
Ketua Polis Daerah Taiping semasa Sesi Dialog bersama YDH Ketua Polis Negara
ArticlePublished 09 Jun 2014 8.07 AMUpdated 15 Aug 2026 7.49 PM