Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Taklimat Hala Tuju Produk Inovasi Pdrm Oleh Pegawai Dari Agensi Inovasi Malaysia

Diterbitkan: 12 Jun 2014 3.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Satu taklimat berhubung hala tuju produk inovasi PDRM telah disampaikan oleh pegawai dari Agensi Inovasi Malaysia (AIM) di Tingkat 26, Menara 1, Bukit Aman pada 24 Oktober 2012...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/taklimat-hala-tuju-produk-inovasi-pdrm-oleh-pegawai-dari-agensi-inovasi-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:46 MYT

Bukit Aman, 24 Oktober - Satu taklimat berhubung hala tuju produk inovasi PDRM telah disampaikan oleh pegawai dari Agensi Inovasi Malaysia (AIM) di Tingkat 26, Menara 1, Bukit Aman pada 24 Oktober 2012. Taklimat disampaikan oleh Encik Naser Bin Jaafar, Naib Presiden Eksekutif, Inisiatif Strategik dan Pembiayaan Agensi Inovasi Malaysia dan juga Encik Raguraman Gurusamy, Naib Presiden Pengkomersilan Harta Intelek, Agensi Inovasi Malaysia.

Turut hadir dalam taklimat tersebut adalah ACP Ahmad Sofi Bin Zakaria, ACP Seksyen Pengurusan Kualiti, pegawai-pegawai Seksyen Penyelidikan, Urus Setia KPN (Penyelidikan & Pembangunan) serta ketua-ketua Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) PDRM.

Dalam taklimat berkenaan, para hadirin telah dimaklumkan mengenai peranan Agensi Inovasi Malaysia, antaranya bantuan untuk membuat penilaian ke atas produk/projek inovasi, nasihat mendapatkan bantuan kewangan bagi memulakan produk/projek, bantuan mendapatkan sokongan dari pihak industri/agensi kerajaan/IPT untuk tujuan penambahbaikan produk/projek serta peluang mengkomersilkan produk/projek.

Kedua-dua penceramah tersebut juga telah mencadangkan supaya semua produk/projek yang mempunyai potensi komersil dibuat penilaian oleh pihak Khazanah Harta Intelek Malaysia (KHIM) terlebih dahulu sebelum ia ditawarkan kepada ahli perniagaan yang berminat.

Taklimat Hala Tuju Produk Inovasi Pdrm Oleh Pegawai Dari Agensi Inovasi Malaysia
Sesi perbincangan  hala tuju produk inovasi PDRM

Taklimat Hala Tuju Produk Inovasi Pdrm Oleh Pegawai Dari Agensi Inovasi Malaysia 
Taklimat oleh En. Naser Jaafar dari Agensi Inovasi Malaysia 

Taklimat Hala Tuju Produk Inovasi Pdrm Oleh Pegawai Dari Agensi Inovasi Malaysia
Sebahagian peserta taklimat 

Taklimat Hala Tuju Produk Inovasi Pdrm Oleh Pegawai Dari Agensi Inovasi Malaysia
ACP Ahmad Sofi menyampaikan cenderahati kepada En Naser Jaafar.

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 3.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM