Narkotik Tumpas 61 Kg Dadah Heroin Bermutu Tinggi
BUKIT
AMAN, 23 Oktober - Hasil daripada satu serbuan oleh sepasukan Peawai
dan Anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman di
Jalan Kasipillay, Kuala Lumpur, semalam telah membuahkan hasil dengan
penemuan sejumlah 180 bungkusan plastik lutsinar mengandungi dadah
disyaki heroin yang bermutu tinggi dengan anggaran berat 61.54KG.
"Dadah
jenis Heroin bernilai sekitar RM2.55 Juta di pasaran antarabangsa telah
diseludup masuk ke dalam Negara ini", ujar YDH CP Datuk Noor Rashid Bin
Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) ketika sidang media.
Serbuan
turut menahan seorang lelaki warganegara Pakistan yang berumur 47
tahun. Suspek kini disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya
1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan.
"Kejayaan
terbaru ini mempamerkan kegigihan usaha JSJN bagi mempastikan
penyeludupan dadah ke dalam Negara ini terus dibendung", tambah Pengarah
JSJN lagi.

YDH CP Datuk Noor Rashid Bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) ketika sidang media.

Dadah Heroin yang dirampas.

Antara Dadah Heroin yang dirampas.

YDH CP Datuk Noor Rashid Bin Ibrahim bersama Pegawai Penyiasat kes ini menunjukkan cara dadah tersebut disembunyikan.

Antara barang rampasan.

Sekitar sidang media.