Artikel
Tahniah Di Atas Perlantikan Ketua Polis Negeri Yang Baru
Perlantikan Ketua Polis Negeri yang baru telah diumumkan oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara semasa Sidang Akhbar di Dewan Theatr...
Bukit Aman - 2 Disember 2010.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi - tinggi ucapan tahniah kepada empat Ketua Polis Negeri yang baru di atas pelantikan mereka pada petang ini.
Perlantikan Ketua Polis Negeri yang baru telah diumumkan oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara semasa Sidang Akhbar di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman pada jam 5.30 petang hari ini.
Perlantikan diumumkan selepas Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja (SPP) Ke 77 di Bilik Mesyuarat Tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman yang telah dipengerusikan oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.
Perlantikan empat Ketua Polis Negeri yang baru ini adalah perlengkap kepada barisan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia yang diterajui oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.
YDH DCP Dato' Mohd Shukri bin Dahlan, Ketua Polis Terengganu telah dilantik menjawat jawatan Ketua Polis Perak sementara Ketua Polis Terengganu yang baru disandang oleh YDH SAC Dato' Jamshah bin Mustapa (Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Bahagian Latihan). YDH SAC Dato' Chuah Ghee Lye pula telah dilantik sebagai Ketua Polis Melaka, yang sebelum ini memegang jawatan Komander Unit Udara PDRM. Bagi Ketua Polis Negeri Perlis pula, YDH SAC Dato' Tajudin B Md Isa yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Pengarah II, JSJK telah dilantik menerajui kepimpinan PDRM negeri Perlis.
Melalui siaran media yang dibuat oleh YDH Ketua Polis Negara, beliau menyatakan keputusan perlantikan baru ini bagi memastikan PDRM dapat menyusun dan menugaskan pegawai-pegawai yang sesuai berdasarkan pengalaman masing-masing bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan.