Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tahan Kereta Jumpa Mercun

Published: 17 Jun 2014 1.12 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
TAHAN KERETA, JUMPA MERCUN Unit Risikan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Kuantan Pahang, telah berjaya menjumpai pelbagai jenis mercun serta bunga api ekoran penahanan sebuah kereta jenis Proton Perdana di kawasan Chendor Chera..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tahan-kereta-jumpa-mercun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:30 MYT

TAHAN KERETA, JUMPA MERCUN : Unit Risikan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Kuantan Pahang, telah berjaya menjumpai pelbagai jenis mercun serta bunga api ekoran penahanan sebuah kereta jenis Proton Perdana di kawasan Chendor Cherating Pahang.

Bertindak atas maklumat, Unit Risikan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Kuantan Pahang, telah berjaya menahan sebuah kereta jenis Proton Perdana di kawasan Chendor Cherating Pahang. Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut telah menjumpai pelbagai jenis mercun serta bunga api yang dilarang dan pemandu kereta tersebut telah melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran. Nilai rampasan termasuk kereta Proton Perdana dianggarkan bernilai RM 46,250.00. kes disiasat dibawah Akta Bahan Letupan 1957.

Tahan Kereta Jumpa Mercun

ArticlePublished 17 Jun 2014 1.12 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM