Ampang, 3 Ogos - Suspek yang dikehendaki pihak polis berhubung dengan kejadian samun pada 4 Julai yang lalu berjaya ditahan tengah malam tadi hasil maklumat orang awam yang bekerjasama membantu pihak polis mencari suspek yang terlibat.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin bin Jamaluddin dalam sidang media yang dijalankan hari ini berkata dengan tertangkapnya suspek dalam kes ini, pihak polis berjaya menyelesaikan kes itu yang telah menyebabkan mangsa dan keluarganya menjadi trauma sehingga tidur dalam kereta sepertimana yang dilaporkan dalam akhbar tempatan Julai lalu.

