Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Syawal Paling Bermakna Buat Frontliners Balai Polis Brickfields

Diterbitkan: 13 May 2021 3.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 13 Mei 2021 - Tanggal 1 Syawal kali ini benar-benar membawa 'seribu makna' gembira buat Konstabel Muhammad Amir Syazwan Nor Hisham dan Konstabel Aina Syakirah Ahmad Sanusi dari Balai Polis Travers, apabila pucuk pimpinan Pasukan hadir menyantuni mereka bertugas, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/syawal-paling-bermakna-buat-frontliners-balai-polis-brickfields
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:23 MYT
Kuala Lumpur, 13 Mei 2021 - Tanggal 1 Syawal kali ini benar-benar membawa 'seribu makna' gembira buat Konstabel Muhammad Amir Syazwan Nor Hisham dan Konstabel Aina Syakirah Ahmad Sanusi dari Balai Polis Travers, apabila pucuk pimpinan Pasukan hadir menyantuni mereka bertugas, pagi tadi.

Konstabel Amir Syazwan dan Konstabel Aina Syakirah, adalah antara ribuan petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berada di barisan hadapan di pagi Syawal untuk menyantuni masyarakat ketika mereka memerlukan sebarang bantuan.
"Saya juga seperti rakyat Malaysia yang lain, sentiasa rasa sedih teringatkan ibu dan ayah di kampung halaman sempena perayaan Aidilfitri pada tahun ini" ujar Konstabel Aina Syakirah yang merupakan anak jati negeri Johor.

Malah bagi Konstabel Amir Syazwan yang berasal dari negeri Kedah pula, menyambut Aidilfitri bersama rakan setugas lain di balai berjaya mengubati perasaan rindu bersama ahli keluarga tercinta.

"Semua anggota di balai ini tetap seronok bertugas sambil beraya kerana itulah kewajipan yang telah diamanahkan kepada kami selaku petugas barisan hadapan negara.

"Buat ibu dan ayah di Baling, Kedah, Amir ucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin," ujar beliau dengan senyuman.
Penugasan anggota PDRM di balai itu diceriakan dengan kehadiran Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani yang membuat lawatan mengejut terhadap mereka, pagi tadi.

Beliau yang sempat meluangkan masa meninjau penugasan 'anak buahnya' sejurus selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Bukit Aman, turut menyampaikan buah tangan berupa kuih raya.

Terdahulu, Dato' Sri Acryl awal pagi tadi turut berada di beberapa buah lokasi sekatan jalan raya di sekitar kontinjen Selangor bagi menyantuni para petugas dari PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia di lapangan.

Jurugambar: Sarjan Mejar Zaiddin Dahalan dan Konstabel Bryanlie Mustin.

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of text

May be an image of one or more people, people standing and indoor

May be an image of 1 person, standing and indoor


 
 
ArtikelDiterbitkan 13 May 2021 3.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM