Artikel
Artikel Pilihan Sistem Permohonan Rentas Negeri Akan Dikemaskini Elak Pemalsuan Dokumen Kpn
Subang, 13 Mei 2021 – Polis Diraja Malaysia akan mengemaskini sistem permohonan merentas negeri yang dilaksanakan pada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan...
Subang, 13 Mei 2021 – Polis Diraja Malaysia akan mengemaskini sistem permohonan merentas negeri yang dilaksanakan pada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, langkah itu diambil bagi mengelak pemalsuan dokumen kebenaran rentas yang sering dilakukan sebelum ini.
“Tindakan pemalsuan dokumen yang kita kesan dalam beberapa insiden terbaharu memang kita tidak dapat dielakkan sebab orang ramai ini cuba mencari jalan untuk mengatasi sistem sedia ada.
“Kita sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki sistem sedia ada permohonan merentas negeri ini.
“Namun ia masih tidak dapat menghalang daripada orang ramai yang berusaha melanggar sistem itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sekatan jalan raya, USJ Subang Jaya tengah malam tadi.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://malaysiagazette.com/.../sistem-permohonan-rentas.../
Sumber: Malaysia Gazette
