Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Syabu Rm18 Juta Berjaya Dirampas

Diterbitkan: 12 Jun 2014 9.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
"Sindiket pengedaran dadah ini dipercayai bekerjasama dengan jaringan luar negara bagi tujuan menyeludup masuk bekalan dadah ke Malaysia melalui jalan laut"...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/syabu-rm18-juta-berjaya-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:59 MYT
Disedikan Oleh: Lkpl Mohd Helmi bin Saadin

Bukit Aman, 17 April - Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman berjaya menumpaskan satu sindiket dadah yang direkodkan antara yang terbesar tahun ini dengan rampasan membabitkan syabu bernilai RM18 juta. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, berkata lima lelaki termasuk seorang warga Singapura berusia 21 hingga 58 ditahan dan Syabu seberat 125 Kilogram dirampas dalam beberapa siri serbuan di Subang Jaya dan Melaka, Selasa lalu.

"Sindiket pengedaran dadah ini dipercayai bekerjasama dengan jaringan luar negara bagi tujuan menyeludup masuk bekalan dadah ke Malaysia melalui jalan laut".

"Taktik yang digunakan sindiket ini untuk mengaburi pihak berkuasa daripada dikesan dengan menyembunyikan bahan terlarang itu di dalam kontena bersama barang-barang import yang lain," katanya lagi.

Kesemua mereka telah ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan dibawah seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pihak polis akan terus menyiasat kegiatan sindiket dadah ini bagi tujuan mengenal pasti lain-lain ahli sindiketnya yang masih bebas di luar sana.


Syabu Rm18 Juta Berjaya Dirampas
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid bin Ibrahim ketika sidang media berlangsung

Syabu Rm18 Juta Berjaya Dirampas
Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, menunjukkan dadah dipercayai jenis syabu kepada wartawan

Syabu Rm18 Juta Berjaya Dirampas
Antara barang rampasan yang berjaya dirampas

Syabu Rm18 Juta Berjaya Dirampas
Dadah dipercayai jenis Syabu yang berjaya dirampas

Syabu Rm18 Juta Berjaya Dirampas
Antara barang rampasan yang berjaya dirampas

Syabu Rm18 Juta Berjaya Dirampas
Dadah dipercayai jenis Syabu yang berjaya dirampas

Syabu Rm18 Juta Berjaya Dirampas
Antara barang rampasan yang berjaya dirampas

Syabu Rm18 Juta Berjaya Dirampas
Ketika sidang media
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 9.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM