Ketua Polis Negara melawat Pameran Defence Service Asia (DSA)
Pameran Defence Service Asia (DSA) 2014
oleh : Sjn Zaiddin Dahalan & Kpl Mohd Shareel Shahriman
Kuala Lumpur, 14 April - Pameran Defence Service Asia (DSA) 2014 merupakan
pameran kecanggihan pelbagai gajet serta aset keselamatan dengan 1,000
penyertaan daripada 40 buah negara yang bermula pada tahun 1988 dan
telah memasuki edisi ke-14 tahun ini.
Pameran Defence Service Asia (DSA) 2014 telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula daripada 14 April sehingga 17 April 2014.
Pameran
tersebut telah berjaya menjadi platform pelbagai pasukan keselamatan
seantero dunia merentasi segenap benua untuk saling berkongsi pandangan
serta teknologi terkini dalam memastikan sistem keselamatan seiring
kecanggihan jenayah masa kini.
Selain
itu, turut diadakan forum 'Defence And Security Forum For Peace' yang
telah dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi di mana isu-isu keselamatan dibincangkan terutamanya penglibatan
jenayah terancang yang telah berevolusi melalui rangkaian global dengan
mengaut keuntungan berbilion dollar seluruh dunia hasil pengedaran
dadah, pemalsuan, penipuan ,pemerdagangan manusia dan jenayah siber.
Sekitar Pameran Defence Service Asia (DSA) 2014 di PWTC.
Lawatan Ketua Polis Negara ke Pameran Defence Service Asia (DSA) 2014
Sila layari Facebook PDRM untuk melihat gambar-gambar sekitar Pameran DSA 2014.... https://www.facebook.com/media/set/?set=a.766880663322243.1073742309.161086313901684&type=1