Seramai 11 orang ahli sindiket pengedaran dadah yang terdiri daripada 3 lelaki warganegara Nigeria, 7 lelaki warganegara Iran dan 1 lelaki warganegara Pakistan berjaya ditangkap dan sejumlah 7.5kg dadah jenis Syabu berjaya dirampas dalam kes yang didalangi oleh warga asing itu. Sebuah makmal kecil dipercayai digunakan untuk memproses dadah juga berjaya dibongkar dan kesemua bahan-bahan serta peralatan yang digunakan dalam pemprosesan telah dirampas.
Kesemua yang ditangkap berumur antara 22 hingga 58 tahun ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan. Polis turut menyita 4 buah kenderaan iaitu sebuah Honda CRV, sebuah Toyota, sebuah Hyundai dan sebuah Myvi milik sindiket serta wang tunai sebanyak RM197,450.00 dan USD1,400.00. Nilai pasaran kesemua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM1.5 juta.

CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik PDRM.

Anatara barang-barang rampasan.

Alat-alat pemprosesan dadah.

CP Datuk Noor Rashid menunjukkan dadah yang dirampas.

Alat-alat pemprosesan dadah.

Alat-alat pemprosesan dadah.

Pegawai penyiasat narkotik bersama barang rampasan.