Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Syabu Ke Ganja Warga Nigeria Ditahan

Published: 16 Jun 2014 8.46 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur - Dua orang warga Nigeria, seorang memiliki visa pelajar dan seorang lagi tiada pengenalan diri ditahan setelah pemeriksaan oleh sekumpulan anggota polis telah menemukan dengan 17 ketulan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/syabu-ke-ganja-warga-nigeria-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:22 MYT

KUALA LUMPUR: Kegiatan pengedaran dadah warga Nigeria di Malaysia, yang sebelum ini banyak membabitkan syabu kini beralih kepada ganja.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, sekumpulan anggota polis menyerbu di belakang restoran di Taman Melati, Wangsa Maju, Khamis lalu jam 10.30 malam dan menahan dua lelaki warga Nigeria. “Selepas pemeriksaan kita menemui 15 ketulan mampat dipercayai ganja dalam kenderaan suspek.


“Pemeriksaan di kondominium disewa kedua-dua suspek berusia 27 dan 29 tahun itu menemui dua ketulan ganja serta 25 gram syabu yang dianggarkan RM49,000,” katanya.

Menurut beliau, siasatan mendapati suspek berusia 27 tahun pelajar di institusi pengajian tinggi swasta di Cheras berdasarkan visa pelajar dimilikinya, manakala seorang lagi tiada dokumen pengenalan diri.

ArticlePublished 16 Jun 2014 8.46 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM