Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Syabu Bernilai Rm1 67 Juta Dirampas

Published: 13 Jun 2014 3.18 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dadah tersebut dicairkan dan dimasukkan dalam 12 botol penyembur rambut dimana setiap botol mampu mengisi cecair dadah seberat 500 mililiter..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/syabu-bernilai-rm1-67-juta-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:10 MYT

Sepang - 3 Februari 2010. Tiga lelaki warga Iran ditahan satelah cuba menyeludup 6.7 kilogram dadah syabu bernilai RM1.67 juta melalui Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang semalam.

Dalam serbuan yang dijalankan kira-kira jam 5 pagi itu, polis menemui dadah tersebut yang disembunyikan dalam  botol penyembur rambut. Dadah tersebut dicairkan dan dimasukkan dalam 12 botol penyembur rambut dimana setiap botol mampu mengisi cecair dadah seberat 500 mililiter.

ACP Nordin Kadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor berkata, pemeriksaan yang dijalankan oleh polis ke atas ketiga tiga suspek menunjukkan mereka membawa enam beg yang kandungannya disyaki adalah barangan yang tidak dibenarkan.

Pemeriksaan ke atas beg yang dibawa suspek pertama, polis merampas sebanyak 2,280 gram dadah syabu, suspek kedua (2,265 g) dan suspek ketiga pula 2,233 gram.

Harga pasaran bagi semua dadah berkenaan dianggarkan berjumlah RM1,6 juta selain polis turut merampas tunai mata wang asing, AS$3,371 dan 1,373,000 rial Iran termasuk tunai RM319 bersama tiga keping pasport serta telefon bimbit.

ArticlePublished 13 Jun 2014 3.18 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM