Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

258 Ketulan Mampat Ganja Dirampas

Diterbitkan: 13 Jun 2014 3.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur - 11 Februari 2010. Polis telah merampas 258 ketulan mampat ganja di sebuah kondominium di Anjung Villa, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/258-ketulan-mampat-ganja-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:42 MYT
Kuala Lumpur - 12 Februari 2010. Pada 11 Februari 2010, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik telah membuat serbuan sebuah kondominium Anjung Villa, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur berdasarkan maklumat pengedaran dadah yang diterima di kawasan Lembah Klang.

Dalam pemeriksaan di dalam rumah tesebut, polis juga telah menjumpai dan merampas sejumlah 258 ketulan mampat ganja pelbagai saiz dan dianggarkan seberat 126 kilogram ditemui di ruang tamu dan bilik rumah tersebut.

Selain daripada itu, pihak polis turut merampas wang tunai berjumlah RM 229,000.00 dipercayai hasil daripada jualan dadah, sebuah kereta dan dua buah motosikal.

Pihak Polis juga telah menahan seorang lelaki dan tiga orang wanita melayu yang berada di dalam rumah semasa serbuan dilakukan. Mereka yang ditangkap berumur diantara 15 hingga 32 tahun.

Pihak Polis percaya rumah tersebut dijadikan stor untuk menyimpan dadah ganja sebelum diedarkan kepada pembeli-pembeli di kawasa Lembah Klang.

Pihak polis menganggarkan nilai rampasan dadah ganja tersebut adalah sebanyak RM 302,400.00.

Kesemua yang ditangkap akan ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Sek. 39B ADB 1952 dan untuk mengenalpasti rangkaian serta ahli-ahli sindiket lain yang terlibat.
ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 3.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM