Georgetown
– 25 Nov 2013, YDH Senior DCP Dato' Abd. Rahim bin Hj. Hanafi
mengadakan sidang media kejayaan pihak polis dari Jabatan Narkotik Bukit
Aman dan Kontinjen Pulau Pinang dalam serbuan di beberapa kawasan di
Pulau Pinang berkaitan jenayah dadah.
Dalam
serbuan berasingan tersebut, pihak polis berjaya menangkap 3 lelaki
Cina dan 2 perempuan warganegara China. Antara yang dirampas ialah 4.8
kg dadah syabu, 42.7 gram dadah ketamin, 2 gram dadah heroin,
bahan-bahan kimia dan alat-alat memproses dadah syabu. Anggaran nilai
harga pasaran dadah yang dirampas ialah RM 1.1 juta.
Turut
disita ialah sebuah kereta Nissan Sentra, sebuah kereta Honda Civic,
wang tunai RM9,730.00 dan barang-barang kemas beserta jam tangan
berjenama. Jumlah nilai sitaan adalah RM212,000.00.




Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Syabu 4 8 Kg Dirampas Di Pulau Pinang
Georgetown – 25 Nov 2013, YDH Senior DCP Dato' Abd. Rahim bin Hj. Hanafi mengadakan sidang media kejayaan pihak polis dari Jabatan Narkotik Bukit Aman dan Kontinjen Pulau Pinang dalam serbuan di beber..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/syabu-4-8-kg-dirampas-di-pulau-pinang
Scan to view the latest live version.