Johor
Bahru - 18 Mei 2011. "Syabas kerana mengambil langkah untuk
memperkasakan pasukan melalui program Percambahan Minda Bersama Pucuk
Pimpinan PDRM di Kontinjen Johor", ucap YDH DIG Dato' Khalid bin Abu
Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara ketika memulakan ucapan perasmian di
Pulai Springs Resort, Johor Bahru pagi ini.
Menurut
YDH Dato' Khalid lagi, masyarakat sekarang ini sedang memerhati
kredibiliti pasukan PDRM dalam menangani cabaran-cabaran yang menjurus
kepada hal-hal keselamatan, peningkatan jenayah, dadah dan kadangkala
mereka juga mempersoalkan tahap profesionalisma PDRM dalam menangani
cabaran-cabaran tersebut.
"Sudah
kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula", ungkapan YDH Dato'
Khalid untuk direnung bersama dengan hadirin yang hadir.
"Kita harus tangani semua cabaran-cabaran itu secara '
integrated'
dan satu mekanisme perlu diwujudkan bagi mengintegrasikan semua aset
personal dan logistik termasuk segala elemen kepolisan dalam 8 jabatan
PDRM", tegas YDH Dato' Khalid.
"Secara ilmiahnya, program percambahan minda ini mampu menjadikan '
making the strange familiar and familiar strange' kerana kita tahu bahawa '
familiarity breeds contempt', yakni kita tidak boleh alpa atau leka dengan cara kita menguruskan sesuatu, maka buatlah perubahan atau '
change' di mana yang perlu", tambah beliau lagi.
Untuk program ini, YDH Timbalan Ketua Polis Negara telah mengariskan beberapa kaedah utk tujuan ini, iaitu pertama: kaedah
'leadership, kedua: semua ahli mestilah hormat '
informal leader', ketiga: tingkahlaku yang kooperatif dan keempat: pemilihan hendaklah dibuat berdasarkan kepada '
right mix of people'.
"Pendekatan
yang lain untuk percambahan minda ialah melalui 'Quality Control
Circles' dan dalam konteks PDRM, kita dan agensi-agensi kerajaan lain
bertanding dalam 'Kumpulan Kualiti Mutu Kerja', ucap beliau lagi.
"Pegawai
dan anggota juga boleh menyumbangkan idea melalui 'electronic
brainstorming' atau 'brain writing' dalam sistem 'e-ideas' yang telah
diilhamkan oleh YDH Ketua Polis Negara di dalam sistem e-siar dan saya
harap segala hasil percambahan minda ini direkodkan untuk tujuan
implementasi serta kajian lanjut', tambah beliau lagi.
Di
sesi percambahan minda ini juga, beberapa pembentangan Kertas Kerja
telah dibentangkan, antaranya, 'Reducing Fear Of Crime' oleh ACP Ruslan
bin Hassan, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Menangani Dimensi Baru
Kepolisan Semasa oleh Supt. Abd Aziz bin Ahmad, Ketua Polis Daerah
Nusajaya, Peranan Penyelia Dalam Meningkatkan Mutu Disiplin Untuk
Memperkasakan Budaya Kerja Kepolisan oleh Kumpulan Sub Inspektor,
Peranan KPB Dalam Menangani Hati Masyarakat Untuk Bersama-Sama
Membanteras Jenayah oleh Kumpulan Sarjan Mejar dan Kemerosotan Disiplin
Telah Menggugat Penugasan Harian Kepolisan oleh Kumpulan Sub Inspektor /
Sarjan Mejar.
Hadir
Majlis Percambahan Minda Bersama Pucuk Pimpinan PDRM Kontinjen Johor
ialah YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar bin Mohd Shariff, Ketua Polis Johor,
YDH SAC Dato' Hj. Jalaluddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Polis
Johor, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah serta
Pegawai-pegawai Kanan dan anggota.
"Ingatlah
3 perkara, Jagalah diri sendiri, jagalah orang yang kita sayang dan
jagalah pasukan kita", amanat YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar kepada
semua hadirin yang hadir sebelum mengakhiri ucapan perasmian.

Ucapan
Perasmian Percambahan Minda Bersama Pucuk Pimpinan PDRM Kontinjen
Johor oleh YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis
Negara

dari
kiri...YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar bin Mohd Shariff, Ketua Polis Johor,
YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar bersama YDH SAC Dato' Hj. Jalaluddin
bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Polis Johor

Pembentangan Kertas Kerja 'Reducing Fear Of Crime' oleh YDH ACP Ruslan bin Hassan, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara

Sub
Inspektor Mohamed Yusof bin Semani mewakili Kumpulan Sub Inspektor
menyampaikan pembentangan Kertas Kerja bertajuk 'Peranan Penyelia Dalam
Meningkatkan Mutu Disiplin Untuk Memperkasakan Budaya Kerja Kepolisan'
Sesi soal jawab