Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sematkan Nilai Integriti Dalam Kualiti Penugasan Pada Masa Akan Datang Ydh Dato Khalid Abu Bakar

Diterbitkan: 11 Jun 2014 3.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Saya berkeyakinan bahawa sepanjang tempoh anda menjalani latihan asas di sini, anda semua telah diterapkan dengan nilai dan budaya polis serta telah ditanam semangat kepolisan ke dalam jiwa dan kehid..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sematkan-nilai-integriti-dalam-kualiti-penugasan-pada-masa-akan-datang-ydh-dato-khalid-abu-bakar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:11 MYT
Kuala Kubu Bharu, 14 Mei 2011- "Saya berkeyakinan bahawa sepanjang tempoh anda menjalani latihan asas di sini, anda semua telah diterapkan dengan nilai dan budaya polis serta telah ditanam semangat kepolisan ke dalam jiwa dan kehidupan harian anda. Justeru, berfikir dan bertindaklah sebagai seorang anggota polis yang berintegriti dan berwibawa untuk menghadapi apa jua situasi yang mendatang," ujar YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara sempena Upacara Tamat Perbarisan Program Latihan Asas Kepolisan Siri 1/2011 di Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu hari ini.
 
Beliau juga turut mengingatkan, untuk menjadi seorang anggota polis yang kompeten, efisien dan bertanggungjawab, perlu ada keluhuran budi, iaitu sentiasa mengamalkan sikap suka membantu masyarakat yang ditimpa kesusahan, dan mereka yang memerlukan bantuan serta menjadikan integriti sebagai amalan, menjalankan tugas dengan jujur, ikhlas dan mengambil tindakan tanpa rasa takut bagi menghalang segala kegiatan jenayah mahupun mengesan dan menangkap pesalah-pesalah serta mengambil tindakan kepada anasir-anasir yang merosakkan negara.

Menurutnya lagi, pengambilan rekrut baru daripada bekas anggota ATM ini dibuat adalah bagi menyahut saranan kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak supaya pemikiran berasaskan 'Blue Ocean Strategy' di terapkan dengan lebih meluas di kalangan agensi-agensi kerajaan bagi mencapai objektif di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
 
Ianya juga adalah inisiatif PDRM dengan ATM sebagai tumpuan kepada umum bahawa wujudnya kerjasama berterusan antara dua badan penguatkuasa beruniform ini.
 
Upacara pada hari ini menyaksikan seramai 100 pelatih rekrut asas konstabel yang terdiri daripada bekas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yang telah tamat latihan asas kepolisan selama 4 bulan sejak 17 Januari lalu.
 
Difahamkan juga, seramai 51 pelatih menamatkan latihan mereka sebagai Konstabel serta 49 pelatih sebagai Konstabel Sokongan dan pelatih-pelatih ini berusia dalam lingkungan umur 28 sehingga 45 tahun, ditambah juga sebahagian daripada mereka telah bersara dari tentera dalam tempoh 6 bulan sehingga 10 tahun.
 
Slot upacara majlis pada hari ini turut mengumumkan Pelatih Konstabel 180386 Md Daud bin Mukri sebagai pelatih terbaik keseluruhan diikuti Konstabel Sokongan 21862 Ros Mohamad bin Othman sebagai pelatih platun terbaik.
 
Turut hadir, YB Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YDH CP Dato' Robiah Binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM, YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), YDH Ketua Polis Selangor DCP Dato' Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah, YDH SAC Dato' Paramasivam A/L Arunasalam, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan), Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Pegawai-pegawai Kanan ATM dan tetamu-tetamu jemputan.

Sematkan Nilai Integriti Dalam Kualiti Penugasan Pada Masa Akan Datang Ydh Dato Khalid Abu Bakar
Ketibaan tetamu...

Sematkan Nilai Integriti Dalam Kualiti Penugasan Pada Masa Akan Datang Ydh Dato Khalid Abu BakarKetibaan Y.Bhg. Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Sematkan Nilai Integriti Dalam Kualiti Penugasan Pada Masa Akan Datang Ydh Dato Khalid Abu Bakar
Membalas Tabik Hormat dari Kawalan Kehormatan

Sematkan Nilai Integriti Dalam Kualiti Penugasan Pada Masa Akan Datang Ydh Dato Khalid Abu Bakar
Bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan YDH Pengarah Pengurusan PDRM

Sematkan Nilai Integriti Dalam Kualiti Penugasan Pada Masa Akan Datang Ydh Dato Khalid Abu BakarPemeriksaan Perbarisan oleh Y.Bhg. Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri bersama YDH Dato' Khalid bin Abu bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Sematkan Nilai Integriti Dalam Kualiti Penugasan Pada Masa Akan Datang Ydh Dato Khalid Abu BakarPerbarisan Lintas Hormat dalam perlahan dan cepat masa....

Sematkan Nilai Integriti Dalam Kualiti Penugasan Pada Masa Akan Datang Ydh Dato Khalid Abu Bakar
Segak bergaya...

Sematkan Nilai Integriti Dalam Kualiti Penugasan Pada Masa Akan Datang Ydh Dato Khalid Abu BakarAntara ahli keluarga pelatih yang hadir...

Sematkan Nilai Integriti Dalam Kualiti Penugasan Pada Masa Akan Datang Ydh Dato Khalid Abu BakarPelatih Akademik Terbaik (Konstabel)...Konstabel/P 180365 Yusnizan bin Ibrahim.

Sematkan Nilai Integriti Dalam Kualiti Penugasan Pada Masa Akan Datang Ydh Dato Khalid Abu BakarPelatih Akademik Terbaik (Konstabel Sokongan)...Konstabel/P/S 21892 Mohamad Sany bin Idris.

Sematkan Nilai Integriti Dalam Kualiti Penugasan Pada Masa Akan Datang Ydh Dato Khalid Abu BakarPelatih Latihan Luar Terbaik (Konstabel Sokongan)...Konstabel/P/S 21908 Mohd Amir Ab Karim.

Sematkan Nilai Integriti Dalam Kualiti Penugasan Pada Masa Akan Datang Ydh Dato Khalid Abu BakarPelatih Latihan Luar Terbaik (Konstabel) & Pelatih Keseluruhan Terbaik...Konstabel/P 180386 Md Daud bin Mukri.

Sematkan Nilai Integriti Dalam Kualiti Penugasan Pada Masa Akan Datang Ydh Dato Khalid Abu BakarPelatih Platun Terbaik...Konstabel/P/S 21862 Ros Mohamad bin Othman.

Sematkan Nilai Integriti Dalam Kualiti Penugasan Pada Masa Akan Datang Ydh Dato Khalid Abu Bakar
Ucapan oleh YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Sematkan Nilai Integriti Dalam Kualiti Penugasan Pada Masa Akan Datang Ydh Dato Khalid Abu Bakar
Ucapan YB Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri

Wartawan / Jurufoto : L/Kpl Muhamad Lokmanul Hakim

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 3.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM