Syabas Dan Tahniah Kepada 256 Warga Pdrm Di Atas Penganugerahan Pingat Oleh Seri Paduka Baginda Yang

Datuk Paduka Maharaja Lela menghadap dan memohon perkenan Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk memulakan Istiadat
Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian
Polis Siri 2/2011, sempena Peringatan Hari Polis Ke 204 Tahun 2011.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku
Mizan Zainal Abidin, menganugerahkan Darjah Panglima
Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Komisioner Polis
Datuk Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik (JSJN), PDRM.

Komisioner Polis Dato' Robiah Abdul Ghani, Pengarah
Pengurusan PDRM dianugerahkan Darjah Panglima Gagah
Pasukan Polis (PGPP), oleh Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

ACP Lim Leong Hock, dianugerahkan Darjah Panglima
Setia Pasukan Polis (PSPP), oleh Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong, TuankuMizan Zainal Abidin.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku
Mizan Zainal Abidin, menganugerahkan Darjah Panglima
Setia Pasukan Polis (PSPP), kepada ACP Rasdi Ramli.

ASP Che Azmi Bidin dianugerahkan Darjah Pahlawan
Pasukan Polis (PPP), oleh Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku
Mizan Zainal Abidin, menganugerahkan Pingat Bentara
Pasukan Polis (BPP), kepada Sub.Insp. Bustami Wahab.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut menganugerahkan
Pingat Bentara Pasukan Polis (BPP), kepada Sjn/D. Ahmad
Tamizi Mat Lazim.

Pegawai Agama Istana Negara, memimpin bacaan doa, bersyukur kehadrat
Allah S.W.T. di atas perkenanNya, Istiadat Penganugerahan Darjah
Kepahlawanan Pasukan Polis danPingat Keberanian Polis Siri 2/2011,
telah selamat disempurnakan.

Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara, bersalaman
dan mengucapkan tahniah kepada penerima Darjah dan Pingat diIstiadat
yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur.
DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM),
turut mengucapkan tahniah kepada paara penerima Darjah dan Pingat
di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur.

Bergambar kenangan, Sjn. Mohd Turi Mohd She dan isteri, bergambar
kenangan dengan Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua
Polis Negara dan Puan Sri Hajah Suriati Hj. Md. Sobri, diakhir Istiadat.
Jurufoto/Wartawan : SM Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah