Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suspek Utama Kes Bunuh Suri Rumah Ditahan

Published: 17 Jun 2014 3.46 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 20 Mei - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai membunuh isterinya yang enggan rujuk semula melalui penderaan di Kampung Petaling Bahagia di Jalan Puchong, Sabtu lepas. Timbala..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-utama-kes-bunuh-suri-rumah-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:03 MYT
Kuala Lumpur, 20 Mei - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai membunuh isterinya yang enggan rujuk semula melalui penderaan di Kampung Petaling Bahagia di Jalan Puchong, Sabtu lepas. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata suspek berusia 39 tahun itu ditahan ketika bersembunyi di sebuah rumah di kawasan perindustrian Sungai Besi. 

"Suspek ditahan pada pukul 1.15 pagi tadi ketika bersembunyi dalam stor rumah tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Beliau berkata suspek ditahan reman selama lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Pada 18 Mei lepas, seorang suri rumah meninggal dunia dipercayai didera kerana menolak hasrat suaminya untuk rujuk semula selepas mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak Febuari lepas. Pasangan itu dipercayai dalam proses perceraian. - BERNAMA
ArticlePublished 17 Jun 2014 3.46 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM