Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Samun Pejabat Pos Seorang Lelaki Berjaya Ditahan

Diterbitkan: 17 Jun 2014 3.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Melaka, 20 Mei - Seorang lelaki yang disyaki melakukan dua jenayah samun di Pejabat Pos Telok Mas di sini ditahan polis, awal pagi ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/samun-pejabat-pos-seorang-lelaki-berjaya-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:20 MYT
Melaka, 20 Mei - Seorang lelaki yang disyaki melakukan dua jenayah samun di Pejabat Pos Telok Mas di sini ditahan polis, awal pagi ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Selinsing Melati, Semanggol, Perak pada 1.30 pagi. 

Beliau berkata tangkapan itu hasil maklumat unit siasatan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat empat jenayah samun melibatkan beberapa pejabat pos di Melaka dengan kerugian kira-kira RM22,000 sejak tahun lepas. 

"Lelaki terbabit juga dipercayai terlibat melakukan samun di Pejabat Pos di Semanggol pada Feb tahun ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Katanya polis turut menjumpai sepucuk pistol tiruan dan beberapa barangan dipercayai digunakan dalam jenayah samun di rumah lelaki terbabit. 

Raja Shahrom berkata pihaknya percaya kejadian samun di Pejabat Pos Telok Mas dilakukan lebih daripada seorang individu dan usaha mengesan suspek lain kini sedang giat dijalankan. 

Pejabat pos berkenaan disamun sebanyak dua kali pada Jun tahun lepas dan Feb tahun ini dipercayai oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 3.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM