Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Suspek Pecah Masuk Kedai Emas Ditahan

Diterbitkan: 25 Aug 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Dungun berjaya memberkas seorang lelaki kira-kira tujuh jam selepas dia memecah masuk sebuah kedai emas di Jalan Bijangga di sini
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-pecah-masuk-kedai-emas-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:45 MYT

Dungun, 25 Ogos- Polis Dungun berjaya memberkas seorang lelaki kira-kira tujuh jam selepas dia memecah masuk sebuah kedai emas di Jalan Bijangga di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi 18 Ogos itu, suspek yang berusia 32 tahun telah memecah masuk kedai emas tersebut dan melarikan pelbagai barangan perak bernilai RM30,000.

Insiden itu disedari seorang jemaah surau berdekatan yang memaklumkan perkara berkenaan kepada pemilik kedai tersebut.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata suspek secara bersendirian melarikan 20 rantai perak, 96 cincin, 15 gelang perak dan sebuah komputer riba.

"Namun hasil maklumat orang awam, kita berjaya memberkas suspek kira-kira pukul 10 pagi 19 Ogos di Kuala Dungun dan menemui kembali sebahagian barangan yang curi.

"Sebahagian barangan lagi telah dijual manakala sebahagian lagi diserahkan kepada kakaknya untuk disimpan tetapi wanita itu bertindak membuangnya ke kawasan semak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya suspek yang merupakan penduduk tempatan itu turut mempunyai 20 rekod lampau bersabit kesalahan jenayah termasuk kes pecah rumah dan curi motosikal dan 14 kes telah dijatuhkan hukuman.-BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 25 Aug 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM