Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suspek Langgar Lari Peserta Larian Amal Ntv7 Ditahan

Published: 17 Jun 2014 7.10 AM Updated: 15 Aug 2026 7.44 PM
'Berdasarkan laporan polis yang dibuat suspek, dia menyatakan terlanggar peserta larian NTV7 Feel Good Run dan melarikan diri dari tempat kejadian sebelum balik ke rumah kawannya kerana takut dipukul ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-langgar-lari-peserta-larian-amal-ntv7-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:19 MYT

Kuala Lumpur, 9 Julai - Takut untuk menghentikan kenderaan kerana bimbang dipukul orang ramai, suspek langgar lari tiga peserta larian amal NTV7 di Bandar Utama, Petaling Jaya Ahad lepas hanya membuat laporan polis selepas dua hari kejadian.

Suspek lelaki berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pereka landskap persendirian, ditahan pukul 3 pagi ini selepas membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Petaling Jaya dua jam sebelum itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Fadil Marsus berkata ketika kejadian, suspek yang berasal dari Taiping, Perak itu memandu kereta milik kakaknya.

"Berdasarkan laporan polis yang dibuat suspek, dia menyatakan terlanggar peserta larian NTV7 Feel Good Run dan melarikan diri dari tempat kejadian sebelum balik ke rumah kawannya kerana takut dipukul orang ramai.

"Atas nasihat rakan baiknya, dia dibawa ke Balai Trafik Petaling Jaya untuk membuat laporan polis," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Fadil berkata suspek ditahan untuk siasatan lanjut berhubung insiden itu. Dalam kejadian Ahad lepas, tiga peserta larian amal NTV7 cedera ringan selepas dilanggar di Bandar Utama. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.10 AMUpdated 15 Aug 2026 7.44 PM