Polis Rampas Syabu Rm90 000
Kuala
Lumpur, 9 Julai - Polis merampas dadah jenis syabu seberat 502 gram
bernilai RM90,000 yang disyaki untuk pasaran dalam negara setelah
menahan seorang lelaki warga Nigeria di Petaling Jaya, Selangor pada 4
Julai lepas.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Noor Rashid Ibrahim dalam satu
kenyataan berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pada pukul 5.00 petang oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
"Ketika
ditahan suspek sedang berjalan kaki di Jalan Teknologi, Kota Damansara
PJU 5 dan pemeriksaan mendapati suspek membawa sebuah kotak bijirin
makanan yang di dalamnya mengandungi satu peket plastik berisi serbuk
kristal disyaki dadah syabu.
“Dadah yang ditemui telah dirampas dan suspek dibawa balik ke balai polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Menurutnya,
siasatan sedang dijalankan untuk mendapatkan lebih maklumat jika suspek
ada menganggotai mana-mana sindiket dadah dan tindakan sewajarnya akan
diambil.