Kena Tetak Angkara Kes Dadah Bukan Pasang Bendera
Seorang
lelaki yang mengadu ditetak di Tumpat, Kelantan Jumaat lalu didapati
bukan kerana menghalang premis perniagaannya dipasang bendera parti
politik tetapi berpunca daripada kes pengedaran dadah.
Maklumat berkenaan diperolehi daripada dua suspek yang diberkas selepas didakwa menetak mangsa.
Pengadu juga disyaki terlibat dalam kes pengedaran dadah hasil daripada maklumat yang diberikan suspek.
Pengadu
berkenaan didapati membuat laporan palsu supaya pihak polis menangkap
suspek dan pengadu akan terlepas dari suspek yang memburunya.
Sumber: Akhbar Kosmo
