Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suspek Bunuh Kejam Ibu Anak Ditahan

Published: 13 Jun 2014 2.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis yakin dapat menyelesaikan kes pembunuhan ibu dan anak perempuannya di rumah mereka di Kampung Sireh di sini, Rabu lalu, selepas berjaya menahan suspek utama dalam kes itu, malam tadi...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-bunuh-kejam-ibu-anak-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:48 MYT

KOTA BHARU 5 Oktober 09 (Utusan Malaysia) - Polis yakin dapat menyelesaikan kes pembunuhan ibu dan anak perempuannya di rumah mereka di Kampung Sireh di sini, Rabu lalu, selepas berjaya menahan suspek utama dalam kes itu, malam tadi.

Suspek, seorang lelaki berusia 31 tahun, yang merupakan jiran kepada mangsa ditahan di bandar ini kira-kira pukul 11.30 malam selepas polis menerima maklumat daripada orang awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini untuk direman sehingga 11 Oktober ini.

"Polis yakin kes tersebut akan selesai selepas menahan suspek utama itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, Maenak Ya, 36, dan anaknya, Nurashikin Rosli, 2, warga Thailand dari Narathiwat, mati akibat cedera parah selepas ditetak bertubi-tubi di bahagian kepala.

Nurashikin maut ditempat kejadian manakala Maenak pula meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab semasa menerima rawatan kira-kira lima jam kemudian.

Berikutan itu, polis telah meminta Mazdi Muhammad, 31, tampil membantu siasatan kes tersebut manakala gambarnya turut diedarkan kepada umum.

Mazlan berkata, polis masih menjalankan siasatan dan mengambil keterangan suspek bagi mengesan senjata digunakan ketika membunuh mangsa.

ArticlePublished 13 Jun 2014 2.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM