Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suspek Bertatu Harimau Ditahan Di Ipoh

Published: 19 Jun 2014 4.03 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Shah Alam, 24 April - Seorang suspek bertatu harimau yang dipercayai terbabit menembak anggota polis di Taman Lembah Maju, Pandah Indah, Ampang Jaya dua minggu lepas ditahan...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-bertatu-harimau-ditahan-di-ipoh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:54 MYT
Shah Alam, 24 April - Seorang suspek bertatu harimau yang dipercayai terbabit menembak anggota polis di Taman Lembah Maju, Pandah Indah, Ampang Jaya dua minggu lepas ditahan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek yang berumur 44 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Lorong Gunung Rapat, Taman Cemerlang Rapat, Ipoh semalam.

"Pemeriksaan di rumah suspek turut menjumpai sebuah beg berisi dua butir peluru 'pump gun' dan satu unit telefon bimbit," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata suspek direman sehingga Ahad ini.

Kejadian menembak anggota polis itu berlaku kira-kira 11 pagi pada 11 April ketika dua anggota polis peronda terserempak dengan dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan.

Ketika melepaskan diri dari pihak polis, seorang suspek menembak kedua-dua anggota polis tersebut yang seorang daripadanya yang berpangkat lans koperal parah.

Mohd Shukri berkata rakan suspek sudah dikenal pasti dan sedang diburu.

Sumber :
BERNAMA
ArticlePublished 19 Jun 2014 4.03 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM