Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

35 Ditahan Dalam Op Cantas Di Pulau Pondu Kota Kinabalu

Diterbitkan: 19 Jun 2014 4.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu, 23 April - Polis Daerah Kota Kinabalu menahan 35 individu atas pelbagai kesalahan dalam Ops Cantas Khas yang dijalankan di Pulau Pondu, berdekatan Pulau Gaya di sini, awal pagi tadi...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/35-ditahan-dalam-op-cantas-di-pulau-pondu-kota-kinabalu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:50 MYT

Kota Kinabalu, 23 April - Polis Daerah Kota Kinabalu menahan 35 individu atas pelbagai kesalahan dalam Ops Cantas Khas yang dijalankan di Pulau Pondu, berdekatan Pulau Gaya di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata daripada jumlah itu, 20 didapati positif dadah termasuk tiga suspek lelaki berusia 30an yang dikehendaki polis kerana disyaki pengedar dadah di sekitar Pulau Gaya dan dua suspek jenayah samun serta curi.

"Individu yang selebihnya dirujuk ke Jabatan Imigresen kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," katanya kepada pemberita selepas operasi dokumentasi terhadap lebih 400 penduduk di Pulau Pondu, di sini hari ini.

Jauteh berkata polis juga mengenal pasti struktur rumah yang akan dirobohkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang telah meletakkan 66 notis selama tujuh hari terhadap rumah terlibat.

Operasi khas fasa pertama selama lima jam itu melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 4.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM