Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Supm Saksi Serah Terima Tugas Ketua Komunikasi Korporat Pdrm

Diterbitkan: 15 Feb 2024 11.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 15 Februari 2024 - Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Alzafny Ahmad hari ini menjadi saksi serah terima tugas jawatan Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di antara ACP Skandaguru Anandan dengan ACP Julina Salehuddin di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/supm-saksi-serah-terima-tugas-ketua-komunikasi-korporat-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:56 MYT
 
Kuala Lumpur, 15 Februari 2024 - Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Alzafny Ahmad hari ini menjadi saksi serah terima tugas jawatan Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di antara ACP Skandaguru Anandan dengan ACP Julina Salehuddin di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, petang tadi.

Berucap dalam majlis itu, DCP Alzafny berkata, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat) bukan sahaja tulang belakang kepada KPN bahkan kepada Pasukan secara keseluruhannya. Kehilangan ACP Skandaguru dalam unit amat dirasai oleh seluruh warga Urus Setia KPN khususnya warga Komunikasi Korporat sendiri.

Beliau turut berharap agar pelantikan baharu ACP Julina dalam Bahagian Urus Setia KPN itu akan mampu memenuhi mandat yang diamanahkan, sejajar dengan komitmen tinggi selain dapat mempamerkan prestasi cemerlang dalam Pasukan.

ACP Julina yang sebelum ini bertugas sebagai Penolong Pengarah (Perancangan dan Pembangunan Dasar Strategik) Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan dilantik sebagai Ketua Komunikasi Korporat PDRM baharu pada 6 Februari lalu bagi menggantikan ACP Skandaguru yang bertukar ke Jabatan Perdana Menteri sebagai Pengarah Cawangan Operasi Bahagian Perlindungan.

Menyingkap kembali perjalanan kerjaya ACP Skandaguru di dalam Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) selama 8 tahun, beliau berjaya menguruskan pelbagai krisis komunikasi melibatkan beberapa insiden antaranya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama empat fasa bermula pada 18 Mac 2020 dan juga insiden tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor pada 16 Disember 2022 dan nahas pesawat Hawker Beechcraft 390 Premier 1 di Elmina, Shah Alam Selangor pada Ogos 2023.

Hadir sama, Superintendan Komunikasi Korporat, Superintendan Zaidi Hj. Md Sapuan dan para pegawai kanan.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 10 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 2 people and text
ArtikelDiterbitkan 15 Feb 2024 11.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM