Artikel
Artikel Pilihan Lans Koperal Tular Bersihkan Anak Tahanan
Lans Koperal Siti Sarah Ariffin, 35 tahun, berkata, kejadian itu berlaku jam 8.40 malam pada Jumaat lalu apabila kanak-kanak terbabit dibawa oleh seorang lelak...
Bentong, 15 Februari 2024 - "Saya kesian bila lihat keadaanya tidak terurus,". Demikian luah seorang anggota polis di Balai Polis Bentong selepas gambarnya membersihkan seorang kanak-kanak tular di media sosial Selasa lalu.
"Saya sedang bertugas ketika itu dan lelaki terbabit memberitahu dia kenalan ibu kanak-kanak tersebut yang diserahkan kepadanya dan datang ke balai kerana ingin menyerahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"Keadaan kanak-kanak ketika itu sangat tidak terurus dan dipercayai mengalami masalah autisme selain tidak boleh bertutur," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.