Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sumbangan Rm 1 5 Juta Kepada Keluarga Mangsa Banjir Warga Pdrm

Published: 14 Jan 2015 10.51 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sejumlah RM931,510 hasil daripada sumbangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui pemotongan gaji akan disalurkan kepada 1,575 keluarga warga PDRM yang dilanda bencana banjir dalam masa terdekat ini. Badan-badan korporat, orang perseorangan dan Kontinjen-kontinjen PDRM juga turut menyumbang RM 602,215. Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Seri Mohd Fuzi Harun berkata, hasil sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mer
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sumbangan-rm-1-5-juta-kepada-keluarga-mangsa-banjir-warga-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:26 MYT
Sejumlah RM931,510 hasil daripada sumbangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui pemotongan gaji akan disalurkan kepada 1,575 keluarga warga PDRM yang dilanda bencana banjir dalam masa terdekat ini. 

Badan-badan korporat, orang perseorangan dan Kontinjen-kontinjen PDRM juga turut menyumbang RM 602,215. 

Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Seri Mohd Fuzi Harun berkata, hasil sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga yang ditimpa bencana banjir tersebut.

Kata beliau lagi, sumbangan daripada Yayasan Al-Bokhary sebanyak RM100,000 akan digunakan untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak warga PDRM yang terjejas banjir.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standards (JIPS) PDRM, Senior DCP Dato' Zubaidah Md. Ismail, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan wakil-wakil media.

Sumbangan Rm 1 5 Juta Kepada Keluarga Mangsa Banjir Warga Pdrm
CP Dato’ Seri Mohd Fuzi Harun ketika menyampaikan ucapan.

Sumbangan Rm 1 5 Juta Kepada Keluarga Mangsa Banjir Warga Pdrm
Antara yang hadir.

Sumbangan Rm 1 5 Juta Kepada Keluarga Mangsa Banjir Warga Pdrm
Antara yang hadir.

Sumbangan Rm 1 5 Juta Kepada Keluarga Mangsa Banjir Warga Pdrm
Gambar kenangan.
ArticlePublished 14 Jan 2015 10.51 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM