Maulidur Rasul 2015 Integriti Nadi Transformasi Pdrm
MAULIDUR RASUL 2015 - INTEGRITI NADI TRANSFORMASI PDRM
Bukit Aman, 14 Jan 2015 – Bertemakan “Intgeriti Nadi Transformasi PDRM”, telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1436H/2015M Peringkat Bukit Aman pagi tadi.
Sebanyak sembilan Jabatan dalam PDRM telah menyertai perarakan yang bermula dari perkarangan Kompleks 3, Bukit Aman ke Masjid Bukit Aman disulam dengan dimulakan dengan bacaan selawat, memuji Allah dan Rasul S.A.W yang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Negara Dato' Sri Noor Rashid bin Ibrahim bersama barisan Pengarah. .
Dalam program tersebut turut dimuatkan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ebit Irwan Ibrahim Lew yang bertajuk “Integriti Rasulullah S.A.W Teladan Sepanjang Zaman” bertujuan untuk menyuntik rasa kasih kepada Rasulullah S.A.W serta menjadikan sirah baginda sebagai contoh tauladan dalam kehidupan harian.
Pada sambutan kali ini, perarakan tersebut telah dijuarai oleh Jabatan Cawangan Khas, manakala di tempat kedua dan ketiga disandang oleh Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Pengurusan.
YDH Timbalan Ketua Polis Negara Dato' Sri Noor Rashid bin Ibrahim menyampaikan ucapan.
YDH Timbalan Ketua Polis Negara Dato' Sri Noor Rashid bin Ibrahim mengetuai perarakan..
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Jabatan Pengurusan
Jabatan KDNKA
Jabatan Sumber Strategik & Teknologi
Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti
Jabatan Cawangan Khas
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
Jabatan Integriti & Pematuhan Standart
Jabatan Siasatan Jenayah
Ustaz Ebit Irwan Ibrahim Lew menyampaikan ceramah bertajuk “Integriti Rasulullah S.A.W Teladan Sepanjang Zaman”
Sekitar sesi ceramah berlangsung..
Alunan Qasidah
Penerima Anugerah Maulidur Rasul S.A.W kategori Pegawai Kanan Polis. Superitenden Noramin Choh bin Abdullah
Penerima Anugerah Maulidur Rasul S.A.W Kategori Anggota Pangkat Rendah Polis. Sub Inspektor Mohd Tahir bin Malik
Penerima Anugerah Maulidur Rasul Kategori Pegawai Awam. Puan Sitaton Binti Mohd Osman
Penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul. Supt. Haji Ghazali Bin Daud
Penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul. DSP Hj. Pozlan Bin Hj Ibrahim
Penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul. DSP Napri bin Sahlan.
Penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul. Sub Inspektor Mohd Shuib Bin Salleh.
Penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul. Sub Inspektor Noor Azam Bin Zakaria.
Penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul. Sarjan Mohd Shuib Bin Salleh.
Penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul. Ustaz Hj Hassan Al-Fadhil Bin Abd Rahman Al-Hafiz
Penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul. L/Kpl (s) Mustaffa Bin Abdullah
Penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul. Hajah Norazura Binti Hj Ahmad.
Penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul. Abdul Malik Kaddafi Bin Ismail
Tempat Ketiga Perarakan : Jabatan Pengurusan
Naib Johan Perarakan : Jabatan Siasatan Jenayah
Johan Perarakan : Jabatan Cawangan Khas
Penyampaian cenderahati
Bergambar kenangan..