Artikel
Sumbangan Rm 1 5 Juta Kepada Keluarga Mangsa Banjir Warga Pdrm
Sejumlah RM931,510 hasil daripada sumbangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui pemotongan gaji akan disalurkan kepada 1,575 keluarga warga PDRM yang di...
Sejumlah RM931,510 hasil daripada sumbangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui pemotongan gaji akan disalurkan kepada 1,575 keluarga warga PDRM yang dilanda bencana banjir dalam masa terdekat ini.
Badan-badan korporat, orang perseorangan dan Kontinjen-kontinjen PDRM juga turut menyumbang RM 602,215.
Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Seri Mohd Fuzi Harun berkata, hasil sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga yang ditimpa bencana banjir tersebut.
Kata beliau lagi, sumbangan daripada Yayasan Al-Bokhary sebanyak RM100,000 akan digunakan untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak warga PDRM yang terjejas banjir.
Turut hadir pada majlis tersebut, Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standards (JIPS) PDRM, Senior DCP Dato' Zubaidah Md. Ismail, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan wakil-wakil media.

CP Dato’ Seri Mohd Fuzi Harun ketika menyampaikan ucapan.

Antara yang hadir.

Antara yang hadir.

Gambar kenangan.