Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis

Published: 12 Jun 2014 2.40 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis pada hari ini turut menyaksikan sesi penyampaian cek daripada YAB Perdana Menteri Malaysia kepada anak-anak yatim, balu dan juga ex-gratia yang sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban mereka ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sumbangan-pm-beri-sinar-kepada-keluarga-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:45 MYT
Oleh:    L/Kpl Irfan Bujang
Foto:    Kpl Muhammad Lokmanul Hakim S.Nor
 
 

"...Ia bukan sahaja sebagai simbol keprihatinan kerajaan, tetapi juga menjadi lambang ingatan penghargaan, yang akan menyemarakkan lagi semangat perwira untuk terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, walaupun terpaksa menempuhi tuntutan kerja yang penuh dengan liku dan cabaran..." - Ketua Polis Negara


KUALA LUMPUR, 7 Ogos - "Saya percaya, untuk menuju ke arah pencapaian sebuah negara maju yang mengutamakan kesejahteraan rakyat sebagaimana yang disasarkan amat memerlukan kejenteraan kita semua bersatu-padu," ujar YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sempena Sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di PULAPOL, Kuala Lumpur, hari ini.

 
 
Majlis pada hari ini turut menyaksikan sesi penyampaian cek daripada YAB Perdana Menteri Malaysia kepada anak-anak yatim, balu dan juga ex-gratia yang sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban mereka yang telah kehilangan ahli keluarga kerana menjalankan untuk tanah air. 
 
 
"Segala apa yang diberikan ini, telah jelas menunjukkan, betapa YAB Dato' Sri amat memahami dan mengambil berat akan kebajikan kakitangan awam khususnya pasukan polis," ujarnya lagi. 
 
 
Memetik kenyataannya itu, beliau menasihatkan seluruh warga PDRM agar dapat menjadikan segala sumbangan yang diberikan ini sebagai satu motivasi serta terus meningkatkan usaha memelihara keamanan, kesejahteraan dan ketenteraman awam di negara ini. 
 
 
"Saya juga sekali lagi ingin menyeru kepada warga PDRM agar sentiasa merakyatkan perkhidmatan melalui pendekatan 'Cepat, Tepat dan Berintegriti' (CTI) sebagai panduan dalam melaksanakan tugas harian seperti yang telah disarankan oleh YAB Perdana Menteri," akhiri beliau. 
 
 
Hadir sama menyerikan majlis pada hari ini, Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, Y.A.Bhg Tun Mohammed Hanif bin Omar, Mantan Ketua Polis Negara,YB Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg Dato' Abdul Rahim bin Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Pengarah-pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta wakil-wakil media.
Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis
Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis
Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis
Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia

Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis
Antara tetamu yang hadir.

Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis
YAB Perdana Menteri masuk ke Masjid Pulapol KL.

Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis
Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis
Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis
YAB Perdana Menteri bersalaman selepas menunaikan solat.

Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis
Ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia.

Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis
Antara tetamu-tetamu yang hadir.

Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis
Penyampaian cek kepada balu anggota yang meninggal semasa bertugas.

Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis
Penyampaian cek kepada balu anggota yang meninggal semasa berkhidmat.

Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis
Sumbangan kepada anggota yang terlibat kemalangan semasa bertugas

Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis
Sumbangan kepada anggota yang terlibat kemalangan semasa bertugas.

Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis
Sumbangan kepada anggota yang terlibat kemalangan semasa bertugas.

Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis
Sumbangan kepada anak-anak yatim.

Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis
Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis
Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis
Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis
Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis
Antara tetamu yang hadir.

Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis
Gambar kenangan.

Sumbangan Pm Beri Sinar Kepada Keluarga Polis
Penyampaian cenderahati.

ArticlePublished 12 Jun 2014 2.40 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM