Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bersedekah Di Bulan Ramadhan

Diterbitkan: 12 Jun 2014 2.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA dan Datin Wira Puziah bt. Bahari telah menyampaikan cek berjumlah RM7,000 yang disumbangkan hasil kutipan pegawai serta anggota dan pegawai awa..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bersedekah-di-bulan-ramadhan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 00:13 MYT

Meraikan Anak-Anak Yatim
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan

"Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan
kaum kerabat, dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin"

(Al-Baqarah: 83)


PUTRAJAYA - 8 Ogos 2012. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,"Barang siapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia memperoleh pahala sama dengan orang yang berpuasa, sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikit pun". (Hadis At Tirmidzi)

Bersempena 19 Ramadhan 1433 Hijrah, Biro Kebajikan (PERKEP) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Bukit Aman bersama Pasukan Polis Marin telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Pasukan Polis Marin Bersama Anak-Anak Yatim Rumah Bakti Nur Syaheera yang berlangsung di Markas Operasi Pangkalan Pasukan Polis Marin Putrajaya.

Majlis yang dianjurkan ini merupakan penghubung jalinan siratulrahim antara PDRM dan masyarakat serta melahirkan modal insan yang beramal serta beribadah di bulan yang mulia ini.

Di Majlis ini juga, YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA dan Y.Bhg. Datin Wira Puziah bt. Bahari telah menyampaikan cek berjumlah RM7,000 yang disumbangkan hasil kutipan pegawai serta anggota dan pegawai awam Jabatan KDN/KA untuk Rumah Bakti Nur Syaheera.

Seramai 49 orang anak-anak yatim juga turut menerima sumbangan duit raya dan kelengkapan sekolah yang disampaikan oleh , YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid dan isteri.

Majlis turut dihadiri YDH SAC Dato' Isa bin Munir, Komander Pasukan Polis Marin dan Datin Rosmi bt. Jusoh, Pengerusi PERKEP Pasukan Polis Marin serta Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai Awam Jabatan KDN/KA.

Bersedekah Di Bulan Ramadhan
Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengarah Jabatan KDN/KA dan Anak-Anak Yatim Rumah Bakti Nur Syaheera, Cheras

Bersedekah Di Bulan Ramadhan
Datin Wira Puziah bt. Bahari, Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA juga turut hadir...

Bersedekah Di Bulan Ramadhan
Antara Pegawai-pegawai Kanan Jabatan KDN/KA yang turut hadir

Bersedekah Di Bulan Ramadhan
Anak-anak yatim yang diraikan...

Bersedekah Di Bulan Ramadhan
YDH Pengarah Jabatan KDN/KA menyampaikan sumbangan RM7,000 kepada Encik Zabidi bin Haji Basri, wakil Rumah Bakti Nur Syaheera

Sumbangan duit raya dan kelengkapan sekolah kepada anak-anak yatim...
Bersedekah Di Bulan Ramadhan
Bersedekah Di Bulan Ramadhan
Bersedekah Di Bulan Ramadhan
Bersedekah Di Bulan Ramadhan
Bersedekah Di Bulan Ramadhan
Bersedekah Di Bulan Ramadhan

Bersedekah Di Bulan Ramadhan
Melentur buluh biarlah dari rebung...

Bersedekah Di Bulan Ramadhan
Menunaikan solat maghrib, di imamkan oleh Supt. Hj. Ghazali bin Daud dari BAKA, Bukit Aman

Jamuan makan selepas solat maghrib
Bersedekah Di Bulan Ramadhan
Bersedekah Di Bulan Ramadhan
Bersedekah Di Bulan Ramadhan
Bersedekah Di Bulan Ramadhan

Bersedekah Di Bulan Ramadhan
Bergambar kenangan bersama Anak-Anak Yatim Rumah Bakti Nur Syaheera, Cheras

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 2.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM