Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sumbangan Kerajaan Jepun Dalam Penambahbaikan Pengoperasian Pdrm Di Perairan Negara

Published: 11 Jun 2014 1.18 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kerajaan Jepun telah membuat satu langkah dan memainkan peranan yang penting dalam membantu negara-negara pesisir dalam menjaga keselamatan dan keamanan di Selat Melaka..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sumbangan-kerajaan-jepun-dalam-penambahbaikan-pengoperasian-pdrm-di-perairan-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:29 MYT

Klang , 17 Mac 2011 - "Kerajaan Jepun telah membuat satu langkah dan memainkan peranan yang penting dalam membantu negara-negara pesisir dalam menjaga keselamatan dan keamanan di Selat Melaka," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sempena Majlis Serah Terima Geran Bantuan Jepun Untuk Projek Penambahbaikan Alat Untuk Peningkatan Tahap Keselamatan Perairan Negara di Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pelabuhan Klang hari ini.

Sebelum itu, hadirin-hadirin bertafakur seketika bagi memperingati tragedi tsunami yang berlaku di Jepun baru-baru ini.

Ketua Polis Negara dalam ucapannya berkata, peningkatan kawalan keselamatan di Selat Melaka ini adalah untuk kepentingan antarabangsa dan ianya merupakan isu penting bagi kerajaan Malaysia untuk menyumbang dalam pembangunan dan peningkatan ekonomi negara selain memastikan Selat Melaka selamat sebagai laluan perdagangan antarabangsa.

Kerajaan Jepun telah manyampaikan bantuan geran dalam bentuk peralatan dan bot bernilai 278 juta Yen iaitu bersamaan RM10 juta.  Bantuan geran tersebut berupa 40 unit 'Night Vision Goggle', 40 unit 'Binocular Range Finder With Monocular Night Vision', 60 unit radio mudah alih digital dan 4 unit bot 'Rigid Hull Inflatable' berukuran 11 meter.
 
Bantuan ini disampaikan oleh Mr. Masahiko Hori-eh, Pegawai Kedutaan Jepun di Malaysia kepada YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar.

Majlis ini turut dihadiri YDH DCP Datuk Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah KDN/KA (Kepolisan / Pencegahan Jenayah) dan Y.Bhg Dato' Abdul Rahim bin Mohd Radzi, Timbalan Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

Sumbangan Kerajaan Jepun Dalam Penambahbaikan Pengoperasian Pdrm Di Perairan Negara
Mr.Masahiko Hori-eh, Pegawai Kedutaan Jepun menandatangani buku pelawat.

Sumbangan Kerajaan Jepun Dalam Penambahbaikan Pengoperasian Pdrm Di Perairan Negara
YDH Ketua Polis Negara mengiringi Pegawai Kedutaan Jepun ke jeti.

Sumbangan Kerajaan Jepun Dalam Penambahbaikan Pengoperasian Pdrm Di Perairan Negara
Ketua Polis Negara bersama tetamu utama majlis.

Sumbangan Kerajaan Jepun Dalam Penambahbaikan Pengoperasian Pdrm Di Perairan Negara
Majlis didahului dengan bertafakur selama seminit bagi memperingati mangsa tragedi tsunami di Jepun.

Ucapan alu-aluan daripada YDH Ketua Polis Negara.

Sumbangan Kerajaan Jepun Dalam Penambahbaikan Pengoperasian Pdrm Di Perairan Negara
Ucapan daripada Pegawai Kedutaan Jepun, Mr.Masahiko Hori-eh.

Sumbangan Kerajaan Jepun Dalam Penambahbaikan Pengoperasian Pdrm Di Perairan Negara
YDH Ketua Polis Negara bersama Pegawai Kedutaan Jepun melihat kecanggihan bot pemberian kerajaan Jepun.

Sumbangan Kerajaan Jepun Dalam Penambahbaikan Pengoperasian Pdrm Di Perairan Negara
YDH mewakili PDRM menyampaikan cenderahati kepada Mr.Masahiko Hori-eh.

Sumbangan Kerajaan Jepun Dalam Penambahbaikan Pengoperasian Pdrm Di Perairan Negara
Penyampaian cenderahati kepada PDRM daripada wakil kerajaan Jepun.

Sumbangan Kerajaan Jepun Dalam Penambahbaikan Pengoperasian Pdrm Di Perairan Negara
Antara beberapa peralatan canggih sumbangan pihak Kerajaan Jepun.

Sumbangan Kerajaan Jepun Dalam Penambahbaikan Pengoperasian Pdrm Di Perairan Negara
CANGGIH...bot-bot yang akan digunakan Unit PGM dalam pengoperasian mereka di perairan negara.

Sumbangan Kerajaan Jepun Dalam Penambahbaikan Pengoperasian Pdrm Di Perairan Negara
Hadirin-hadirin yang turut menjayakan majlis ini.

Wartawan:      L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin
Jurufoto:        L/Kpl Muhammad Lukmanul Hakim b. S.nor
Penyunting:    C/Insp Norsuzila binti Kamaruldin

ArticlePublished 11 Jun 2014 1.18 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM