Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sumbangan Kepada Op Daulat

Diterbitkan: 12 Jun 2014 7.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
BUKIT AMAN, 17 SEPT - Sebentar tadi, telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan Cek Op Daulat daripada Inter-Excel Advisory Sendirian Berhad kepada Tabung Kebajikan PDRM di Dewan Banquet Ketua Poli.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sumbangan-kepada-op-daulat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:07 MYT

Oleh : Konst Irfan bin Bujang

BUKIT AMAN, 17 SEPT - Sebentar tadi, telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan Cek Op Daulat daripada Inter-Excel Advisory Sendirian Berhad kepada Tabung Kebajikan PDRM di Dewan Banquet Ketua Polis Negara.

Sumbangan cek berjumlah RM15,000 ini telah disampaikan Y.Bhg Encik Illary Mirandah, Ketua Pegawai Eksekutif Inter-Excel Advisory Sdn. Bhd kepada YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara bagi mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut hadir pada hari ini, YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman, YDH Dato' Ramli bin Din, Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Penolong-penolong Pengarah serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Sumbangan Kepada Op Daulat
Ketibaan YDH Datuk Seri Mohd. Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara

Sumbangan Kepada Op Daulat
Pengacara majlis, Insp. Amirul Adham b. Abdul Rahman

Sumbangan Kepada Op Daulat
Bacaan doa pembukaan majlis oleh Insp. Muhammad Ridhwan bin Zaini

Sumbangan Kepada Op Daulat
Sekitar majlis penyampaian cek sumbangan

Sumbangan Kepada Op Daulat
Ucapan daripada YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Sumbangan Kepada Op Daulat
Sumbangan Kepada Op Daulat
Majlis penyampaian cenderahati

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 7.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM