Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sukan Bowling Ibarat Kerjasama Berpasukan

Diterbitkan: 12 Jun 2014 8.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Petaling Jaya, 7 Nov – Julung kalinya satu Program Bowling Mesra JPOL PDRM-ATM 2013 telah berlangsung di Sunway Mega Lanes, Sunway pyramid, petang tadi...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sukan-bowling-ibarat-kerjasama-berpasukan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:13 MYT
Oleh : Kpl Edwind Indo

SUKAN BOWLING IBARAT KERJASAMA BERPASUKAN

Petaling Jaya, 7 Nov – Julung kalinya satu Program Bowling Mesra JPOL PDRM-ATM 2013 telah berlangsung di Sunway Mega Lanes, Sunway pyramid, petang tadi.

Program gilang-gemilang itu merupakan salah satu rancangan yang disusun oleh Jawatankuasa kerja Am (JKKA) di antara pucuk pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Semoga dengan program yang diadakan pada hari ini akan menjadi pemangkin ke arah melahirkan warga PDRM dan ATM yang cergas dan sihat selain merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita", antara ucapan perasmian penutup program oleh YDH CP Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam PDRM.

Beliau turut menjelaskan sukan bowling turut berkait rapat mengenai kerjasama berpasukan dan mempunyai prinsip yang sehaluan dengan pasukan iaitu bekerja secara berkumpulan.

"Bagi setiap penugasan kepolisan dan ketenteraan, setiap kejayaan dan kegagalan sesuatu tugas itu berkait rapat dengan prestasi setiap ahli di dalam pasukan itu. Ibarat dalam penyiasatan, setiap kes mempunyai kumpulan yang bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing dalam memastikan misi dan visi sesuatu tugas itu tercapai sehingga menempa kejayaan. Sama jugalah halnya dengan sukan bowling. Maka, jadikanlah konsep dan prinsip permainan bowling ini sebagai sumber inspirasi dalam kita menjalankan tugas semasa bekerja", tambah YDH Pengarah KDN/KA lagi.

Antara yang hadir Y.Bhg Laksamana Madya Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Ahmad Badaruddin, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Y.Bhg Mejor Jeneral Dato' Dr. Ya'akop bin Koming, Pengarah Perubatan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Kementerian Pertahanan, YDH SAC Dato' Abdul Ghafar bin Rajab, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentabdiran) PDRM serta peserta program yang terdiri daripada Pegawai Kanan/Anggota Polis dan Tentera Malaysia.

Sekitar Program Bowling Mesra JPOL PDRM-ATM

Sukan Bowling Ibarat Kerjasama Berpasukan
Ketibaan YDH CP Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam PDRM

Sukan Bowling Ibarat Kerjasama Berpasukan
YDH CP Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam PDRM turut memeriahkan Program Bowling Mesra JPOL PDRM-ATM

Sukan Bowling Ibarat Kerjasama Berpasukan
Antara yang hadir

Sekitar penyampaian hadiah Bowling Mesra JPOL PDRM-ATM

Sukan Bowling Ibarat Kerjasama Berpasukan
Piala Pusingan dimenangi oleh Pasukan Polis Diraja Malaysia

Sukan Bowling Ibarat Kerjasama Berpasukan
Insp Norazman bin Yusof dan ASP Norsuzila binti Kamaruldin selaku Pengacara Majlis

Sukan Bowling Ibarat Kerjasama Berpasukan
Ucapan perasmian penutupan olehYDH  CP Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam PDRM

Sukan Bowling Ibarat Kerjasama Berpasukan
Antara peserta Polis Diraja Malaysia (jersi oren) dan peserta Angkatan Tentera Malaysia (jersi biru) yang mengambil bahagian

Penyampaian Cenderahati Kenangan
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 8.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM