Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keluarga Perwira Op Daulat Terima Sumbangan

Diterbitkan: 12 Jun 2014 8.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
PUTRAJAYA, 7 November 2013 - Hari ini telah berlangsung dua majlis yang yang istimewa dan diraikan dengan penuh meriah, Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Setiausaha Jabatan Perkhidmatan Awam (KSU) bert..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keluarga-perwira-op-daulat-terima-sumbangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:55 MYT

PUTRAJAYA, 7 November 2013 - Hari ini telah berlangsung dua majlis yang yang istimewa dan diraikan dengan penuh meriah, Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Setiausaha Jabatan Perkhidmatan Awam (KSU) bertempat di Hotel Everly dan Majlis Penyerahan Sumbangan oleh YAB Perdana Menteri pula di Dewan Bankuasi, Kompleks Seri Perdana.

Hadir seramai 29 penerima terdiri daripada tujuh balu dan enam ibu bapa wira negara yang terkorban serta 16 pegawai dari pasukan polis dan tentera yang tercedera ketika bertugas di Op Daulat, Lahad Datu menerima sumbangan daripada Tabung Wira Negara anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sehubungan itu, dalam ucapan YAB Perdana Menteri, sumbangan akan disalurkan dalam dua kaedah iaitu secara sekali gus dan bulanan. 

Dalam ucapan beliau juga, "Sebanyak RM22,000 akan diserahkan kepada ibu bapa atau balu anggota yang meninggal dunia; RM10,000 bagi anggota yang parah; RM5,000 untuk anggota cedera ringan dan RM10,000 kepada ahli keluarga yang melanjutkan pelajaran, diberikan secara sekali gus.

Bagi menerangkan kaedah kedua pula,"sumbangan bulanan juga akan diberikan melalui Amanah Raya Berhad iaitu RM800 kepada balu, RM500 kepada anak-anak dibawah umur 12 tahun dan RM400 kepada ibu bapa," katanya.

Setakat ini, Tabung Wira Negara mengumpulkan sebanyak RM3,269,465.18 hasil sumbangan daripada penjawat awam peringkat persekutuan dan negeri dan juga badan berkanun serta melalui penajaan sejak pelancaran pada 11 Mac lalu di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13. 

Di majlis tersebut, kebanyakan waris kepada para perwira negara yang terkorban dalam insiden di Lahad Datu, Sabah, awal tahun ini, menyuarakan rasa terharu dan juga tidak dapat menahan sebak mengenangkan kehilangan orang tersayang dalam tragedi itu.

Dalam sesi temubual bersama media, Jabah Anak Minggu, 35, balu kepada DSP Michael anak Padel berkata beliau dan anaknya sentiasa merindui mendiang, namun hidup perlu diteruskan, dan yang pergi tidak akan kembali. Beliau juga cuba menyembunyikan perasaan hiba tapi sering terasa amat terharu, kerana sentiasa ada yang memberikan penghormatan pada dirinya dan keluarga.

Dalam sesi temubual yang sama, Insp Mohamad Hasnal Jamil, 31, yang kini menjalankan tugas seperti biasa di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata, kecederaan yang dialami beliau tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berbakti kepada negara dengan apa cara sekalipun.

Pada kejadian awal Mac lalu, beliau menanggung kesakitan hampir 21 jam akibat ditembak, dan tangan kanannya hampir putus akibat ditetak berulang kali oleh pengganas Sulu. 

Tambah beliau, kematian adalah suatu yang pasti, dalam susah atau senang itu adalah risiko yang perlu diambil demi menjaga keselamatan dan kedaulatan Negara yang aman ini.

Majlis selesai pada jam 6.30 petang dan diteruskan dengan Majlis Tahlil dan Bacaan Yassin di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya.

Keluarga Perwira Op Daulat Terima Sumbangan
Ketibaan YAB Perdana Menteri.

Keluarga Perwira Op Daulat Terima Sumbangan
Antara penerima sumbangan.

Keluarga Perwira Op Daulat Terima Sumbangan
Antara penerima sumbangan.

Keluarga Perwira Op Daulat Terima Sumbangan
Antara penerima sumbangan.

Keluarga Perwira Op Daulat Terima Sumbangan
Sekitar majlis.

Keluarga Perwira Op Daulat Terima Sumbangan
Gambar kenangan.

Sila layari https://www.facebook.com/media/set/?set=a.685996834743960.1073742135.161086313901684&type=3 untuk berita lanjut.

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 8.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM