Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suara Semeja Untuk Keamanan Rakyat Malaysia

Published: 11 Jun 2014 8.36 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
JPOL merupakan sebuah kerjasama operasi dan latihan di antara Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia yang telah lama diformulasikan pada tahun 2008. Objektif utama kerjasama ini adalah un..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suara-semeja-untuk-keamanan-rakyat-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:39 MYT

Bukit Aman - 20 Disember 2011

JPOL atau dikenali Jawatankuasa Penyelarasan Operasi dan Latihan merupakan sebuah kerjasama operasi dan latihan di antara Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia yang telah lama diformulasikan pada tahun 2008. Objektif utama kerjasama ini adalah untuk menentukan tahap saling bantu membantu dalam semua aspek operasi di antara PDRM dan ATM bagi menangani ancaman Kententeraman Awam.

Di samping itu, eksesais ini juga bagi mempastikan tahap kesiapsiagaan PDRM dan ATM dari aspek kemahiran keanggotaan, kesesuaian penugasan, sistem kawalan komunikasi serta kelengkapan peralatan logistik. Di dalam mesyuarat tersebut turut membincangkan program-program di antara ATM bersama PDRM di bawah Blue Ocean Strategi. Kesemuanya adalah berkisar kepada kepada inovasi dan kreativiti yang akan membawa kesejahteraan serta keamanan berpanjangan terutamanya kepada rakyat di Malaysia. Ini merupakan suatu gabungan hebat bagi mencapai KPI penurunan indeks jenayah melalui program Blue Ocean Strategi.

Petang ini, satu Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Operasi Dan Latihan telah berlangsung di Kompleks 1, Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman. Ketua Delegasi PDRM diketuai oleh YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam manakala Ketua Delegasi bagi ATM Lieutenant Jeneral Datuk Raja Mohamad Affandi bin Raja Mohamad Noor, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia.

Mesyuarat turut dihadiri Y.Bhg Datuk-datuk, YDH Dato'-dato dan Tuan-tuan ahli jawatankuasa tetap JPOL PDRM dan ATM.

Suara Semeja Untuk Keamanan Rakyat Malaysia
Mesyuarat yang diketuai oleh YDH Dato' Pengarah KDN/KA dan Y.Bhg Dato' Ketua Staf Markas ATM

Barisan jawatankuasa Delegasi PDRM
Suara Semeja Untuk Keamanan Rakyat Malaysia
Suara Semeja Untuk Keamanan Rakyat Malaysia
Suara Semeja Untuk Keamanan Rakyat Malaysia
Suara Semeja Untuk Keamanan Rakyat Malaysia

Barisan jawatankuasa Delegasi ATM
Suara Semeja Untuk Keamanan Rakyat Malaysia
Suara Semeja Untuk Keamanan Rakyat Malaysia
Suara Semeja Untuk Keamanan Rakyat Malaysia
Suara Semeja Untuk Keamanan Rakyat Malaysia

Suara Semeja Untuk Keamanan Rakyat Malaysia
Pertukaran Cenderahati di antara kedua Ketua Delegasi

Suara Semeja Untuk Keamanan Rakyat Malaysia
Bergambar kenangan di hadapan Kompleks Menara 1 Bukit Aman

Suara Semeja Untuk Keamanan Rakyat Malaysia
Suara Semeja Untuk Keamanan Rakyat Malaysia
Suara Semeja Untuk Keamanan Rakyat Malaysia
Beramah-mesra selesai mesyuarat


Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo

ArticlePublished 11 Jun 2014 8.36 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM